Skip to main content

Dah buka akaun...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu..

PTPTN
Apa yang menarik tentang SSPN ni?
  1. SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.
  2. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
  3. Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja
  4. Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun
  5. Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan             RM1,000.00 ke atas
  6. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.Ini bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000.00 sebulan. (tertakluk kepada syarat dan peraturan)
  7. Simpanan yang dijamin oleh kerajaan
  8. Kadar dividen yang rendah dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  9. Boleh Cek Online untuk menyemak akaun
Ejen PTPTN adalah seperti berikut:
  1. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  2. CIMB Bank Berhad
  3. Agro Bank
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  5. Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
Maklumat lanjut boleh didapati dari laman web ini. silalah klik SSPN PTPTN 

Itu saja info tentang SSPN. Kita tunggu kad SSPN Anis ..ye..

~Azlea~

Comments

  1. bagus juga sspn ni kan kak..nnti bila anak2 dh besa senang la xperlu nk buat pinjaman lg dah..

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik bagi mereka yang memerlukan .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...