Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu..
Apa yang menarik tentang SSPN ni?
Apa yang menarik tentang SSPN ni?
- SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep 'Wakalah Bil Istithmar'.
- Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
- Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja
- Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun
- Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 ke atas
- Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.Ini bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000.00 sebulan. (tertakluk kepada syarat dan peraturan)
- Simpanan yang dijamin oleh kerajaan
- Kadar dividen yang rendah dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Boleh Cek Online untuk menyemak akaun
Ejen PTPTN adalah seperti berikut:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank Berhad
- Agro Bank
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
Maklumat lanjut boleh didapati dari laman web ini. silalah klik SSPN PTPTN
Itu saja info tentang SSPN. Kita tunggu kad SSPN Anis ..ye..
~Azlea~
bagus juga sspn ni kan kak..nnti bila anak2 dh besa senang la xperlu nk buat pinjaman lg dah..
ReplyDeleteye niesa..
DeleteInfo yang menarik bagi mereka yang memerlukan .
ReplyDelete