Skip to main content

Posts

Showing posts from August 10, 2013

Keistimewaan puasa 6 di bulan Syawal

Assalamualaikum dan Salam Syawal. Ada yang dah mula berpuasa 6 hari ini? Nabi Saw bersabda "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun."(HR Muslim). Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari Manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari dan menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya. Niat Puasa Sunat Enam: Sahaja aku puasa sunat bulan Syawal kerana Allah Swt Kalau tak mampu nak puasa enam berterusan, kita dibolehkan puasa secara berputus-putus sehinggalah lengkap puasa enam di bulan Syawal. Mana yang mampu puasa berterusan lagilah hebat!..