Posts

Showing posts from October 27, 2015

Roti Jala chenachenis

Image
Disebabkan kerajinan yang melampau, maka terhasillah roti jala versi chenachenis. Mudah sangat membuatnya. Yang penting kena rajin. Di tambah dengan pembantu yang suka sangat menolong di dapur. Kakak melipat dan adik tugasnya mengacau adunan roti jala.
Resepinya

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
Tambah 1/2 cawan susu segar (tak guna santan)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 sudu minyak

Gaul semua adunan sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuannya. Bolehlah dijala di atas kuali dan dibiarkan beberapa saat. Angkat roti jala, kemudian bolehlah digulung ataupun dilipat. Disebabkan aina tak pandai menggulung, maka terhasillah roti jala setiga.
Bila dah siap bolehlah di makan dengan kuah kari ayam..Yum yum..Sesuai sangat di makan untuk minum petang.

Selamat mencuba...