Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Dah Dapat pun Ukulele

Semalam birthday Aina. Bangun pagi sebelum pergi sekolah..Papa, hari ni birthday kakak.Kakak nak guitar boleh?Papa kan dah janji nak belikan guitar masa birthday kakak nanti..Aina buat muka kesian.Nanti papa belikan..Horey..Haa..kan aina dan tuntut janji tu.. Selepas balik kerja singgah di kedai Guitar Planet di Summit,USJ.Adalah Ukulele guitar yang dijual di situ.Cantik dan ada yang bercorak.Macam-macam pilihan.Nak yang murah dan mahal pun ada..Pilih yang murah je..Okaylah..janji tetap janji,guitar mesti di beli..kalau tak Sedih  lagi aina.. Model guitar..pilih mana nak..RM89.00,RM99.00 Ada lagi... RM79.00 Dah pilih...Yang ni untuk Aina.Anis punya mana?Kesian anis.Belikan juga untuk anis walaupun bukan hadiah hari lahirnya...Guitar anis warna kuning..atas tu.. Dulu tak pernah pun dapat hadiah lahir.Tapi bersyukur mak dan abah beri kasih sayang yang secukupnya kepada kami 6 beradik..Syukur Alhamdulillah.Sekarang dah pun berkeluarga dan ada anak, kami sedaya upay

Siapa pelukis sebenarnya?

PESONA CANDELIER

Tatkala membelek Majalah Harmoni keluaran Februari 2014, terdapat artikel mengenai panduan memilih candelier. Kepada mereka yang suka menata hias kediaman mereka dengan candelier yang sesuai boleh ikuti panduan ini: Sumber google Pilihlah rekaan candelier yang bersesuaian dengan konsep kediaman kita.Sepadankan rekaan candelier dengan gaya hiasan kediaman sebelum mendapatkannya. Pilih rekaan terkini .Namun citarasa setiap individu berbeza.Jadi pilihlah yang tepat. Tujuan utama memasang candelier .Jika Candelier di pasang sebagai sumber utama cahaya, gunakanlah mentol yang lebih terang. Sebaliknya, kalau sekadar hiasan, guna mentol yang tidak terlalu malap. Ketinggian siling .Candelier yang panjang tidak sesuai untuk siling rumah yang rendah.Ianya sesuai digantung di siling ruang tangga bagi mereka yang memiliki rumah teres 2 tingkat. Bagi ruang dapur , pilih candelier yang tidak mencecah meja makan dan pencahayaan yang terang . Sumber google Ini pula tips membeli da

Makan dan makan di KFC..

Walaupun cuaca panas dan kering, itu tidak membataskan aktiviti kami sekeluarga hari ini. Hari ini kami sekeluarga di jemput menghadiri jamuan hari lahir shahnor. Kami panggil hari tua.Yelah dulu tak sempat nak ajak kawan-kawan sambut birthday.Yang penting persahabatan kami akan kekal selamanya dan yang paling utama anak-anak kami kenal antara satu sama lain. Berkumpul dan berbual dan merancang agenda seterusnya menjadi topik bualan kami..  Kawan sekolah rendah yang hadir pada majlis shahnor Birthday boy bersama familynya. Pakai baju kotak merah hitam tu kawan sekelas Aina. Dulu sekelas dengan shahnor dan lina.Sekarang anak pula sekelas..  Oh..kawan-kawanku, korang memang ohsem dan best..Semoga persahabatan kita kekal selamanya Ano azimah,dekna,rozi,lina,ano azlina,ela,J dan aku.  Apalah yang dibualkan mereka bertiga.. Kepada Shahnor dan lina, semoga dimurahkan, dilimpahi rezeki dan berbahagia ke akhir hayat.

Kata-kata mutiara terindah buatmu

Assalamualaikum..di petang Jumaat yang mulia ini kutitipkan kata-kata mutiara untuk kalian semua untuk dijadikan pedoman.Semoga kalian sentiasa di lindungi yang Maha Esa.. Gambar hiasan ... "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu." "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat." "Hidup memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan menentukan kejayaan.Kejayaan pula menentukan kebahagiaan." "Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada seseorang." "Jangan sekali-kali kita meremehkan perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

Feeling kerja di UK..

Feeling kerja di UK padahal di Malaysia...

Aina...Sedihnya...

Tinggal lapan hari lagi birthday Aina yang ke 7 tahun..dah besar anak mama ye..dah sekolah pun dan seorang ketua kelas yang garang dan comel.. Last saturday kami jalan-jalan di One Utama.Singgahlah di kedai yang menjual peralatan muzik.Memang lama sangat berkenan dengan guitar Ukulele..Comel sangat guitar ni and colourful.Harganya pun tak mahal sangat RM69.00. Itu pun dah survey kedai lain.Ada yang berharga RM89.00. Google je..Ukulele guitar Tapi guitar ni dah habis di jual. Tiada stok. Bergenang dan berjujuran air mata aina. Sedihnya...papa tak beli guitar..tapi tokey kedai informed stok akan sampai nanti. Harap-harap adalah rezeki aina dan hadiahkan untuk hadiah hari lahirnya..

Alhamdulillah...

Assalamualaikum sahabat sekalian.Semoga ceria dan sihat selalu.Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan dan bernafas di dunia ini.Syukur Alhamdulillah, dalam busy mencari idea apa nak makan tengahari tadi, datang rakan sekerja azlea, "Angpau for you kids." Syukur Alhamdulillah. Pernah juga ada pengalaman, sedang sibuk memikirkan juadah yang ingin dihidangkan untuk family, datang anak jiran memberi salam dengan membawa juadah untuk petang..Ya Allah..syukur Alhamdulillah. Gambar google ..terima kasih Ya..bersyukur lah melalui hati, lidah dan anggota fizikal. Dengan nikmat Allah kita dapat melihat.Dengan nikmat Allah kita dapat mendengar.Dengan nikmat Allah kita dapat merasa.Dengan nikmat Allah kita dapat berbicara dan mengucapkan rasa syukur.Sebenarnya banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.Tetapi sama ada kita menyedari atau pun tidak. Bersyukurlah..Janganlah kita sentiasa mengeluh dan merungut.Memang lumrah hidup manusia, ada sahaja yang tida

Yang mana satu?

List dari Aina

Cerita semalam yang tak sempat dikongsi.Aina telah menyenaraikan barang yang ingin dibelinya. Semua barang ini untuk keperluan di rumah opah dan tok dad nanti. Ada 6 barang yang nak dibelinya dan dia nak pilih sendiri barang tersebut.Apalagi beli di Econsave lah.Dalam list tu, list anis pun ada (coklat).Kuat sangat makan coklat anis ni. Senarai barang dari Aina.. Biskut Lexus mesti ada.. Coklat Cadbury.. Jumlah harga semua barang termasuk barang basah RM50.20. Jumpa kawan yang berkerja di Jabatan Agama Islam.Ada goodies dari mereka.Terima kasih.. ~Azlea~

Basikal dah cantik...

Petang tadi kami hantar basikal lama anis ke kedai basikal.Tanya tuan kedai basikal boleh baiki tak?Boleh katanya.Usia basikal ni pun dah 5 tahun.Beli pun masa umur aina 2 tahun. Harga masa tu RM70.00..murah sangat.Sekarang mana dapat lagi basikal harga RM70.00.Paling murah pun RM95.00.Mesti opah dan tok dad terkejut basikal dah cantik dan boleh digunakan lagi.. Inilah basikal kecil anis Berpeluh abang tu..operate basikal anis Tukar tayar depan pula dan seat Dah siap pun.. Senyum lebar dari anis.Basikal kecil dah cantik..Lepas ni mama simpan kat muziumlah anis ye.. ~Azlea~

Dubuk