Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hadiah

HADIAH DARI SHARIFAH

Alhamdulilllah rezeki di pagi Jumaat. Terima hadiah dari seorang sahabat atas perpisahanku. Mood happy dan ceria di pagi hari. Senyum pun dah sampai ke telinga. Terima kasih banyak-banyak Sharifah. Moga Sharifah sentiasa di murahkan rezeki, dirahmati dan bahagia di samping keluarga. Sentiasa ingat kak Nur ye. Tudung Ariani.. Best kan dapat hadiah. Tetapi sebenarnya bukannya mengharapkan hadiah dan pemberian dari seorang sahabat. Sekadar sahabat yang memahami, ikhlas, baik hati dan membawa ke arah kebaikan.

4 tahun tak jumpa..Akhirnya

Salam Ramadhan 5. Alhamdulillah syukur..Terima kasih Allah. Temukan orang yang ikhlas dan berniat baik dengan ku. Ya..bila kita sentiasa baik hati dan berhati ikhlas kepada sesiapa sahaja pasti Allah akan temui juga orang yang baik hati dan ikhlas juga kepada kita. 4 tahun tidak bertemu dengan kawan yang pernah menjadi rakan kerja di tempat yang sama dan pada 26 Mei 2017, Jumaat kami bertemu di Black Canyon. Banyak yang kami bualkan. Walaupun singkat tapi sungguh bermakna bagiku. Terima kasih Siti atas nasihat dan aura positifmu. Walaupun kita dah lama sangat tak berjumpa hanya melalui sosial media dan telefon namun keakraban kita tetap terjalin. Terima kasih mendoakan kebahagian dan kejayaan Kak Nur di masa hadapan. begitu juga moga Siti terus cemerlang dalam kerjaya, murah rezeki dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Ikhlas dari Kak Nur

OLE-OLE SARAWAK

Terima kasih sahabat hadiahkan ole-ole dari Sarawak. Tak sabar rasanya nak makan Kuih Lapis Sarawak dan Tebaloi Mukah (Snek Asli Sarawak) perisa pandan. Mesti sedap rasanya.. Apa-apapun terima kasih Nadzirah yang masih ingat lagi dengan kakak. Moga persahabatan kita kekal selamanya.

HADIAH KAIN SONGKET SARAWAK

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.Terima hadiah kain batik songket sarawak  dari seorang sahabat. Terima kasih Nad. Ingat lagi Nad pada kakak. Terharu dan seronok tak terhingga. Tahun ni boleh lah kak AB bergaya dengan kain batik songket Sarawak pemberian Nad ini.. Sekarang tengah fikir nak design camne kain songket ni. Bila check dalam insta dan blog macam-macam kita boleh design kain songket ni. Oh dah ada idea.. Terima kasih sekali lagi Nad.Moga persahabatan ini kekal selamanya.

MENANG GIVEAWAY VINTAGE BOOK MARKER

Alhamdulillah menang giveaway anjuran blogger  sallysamsaiman . Hadiah  vintage book marker  telah pun AB terima semalam.  Terima kasih Sally. Suka sangat dapat hadiah ini. Love it.

BELI DARLIE DAPAT 1 KOLE MARVEL

2 bulan lepas beli darlie, dapat hadiah Mug Transformer.  2 minggu lepas beli Kit Kat dapat Mug percuma. Hari ini beli 2 pek Darlie Enamel Protect dapat 1 Kole Marvel. So..bertambah koleksi mug di rumah ini. Tak perlu beli mug yang lain. Percuma ke?..Bagi AB dan suami tak..sebab kita dah beli mug sebenarnya, harganya RM0.50.Dengan pembelian  2 pek darlie percuma 1 kole, harganya RM14.90. Beli 2 pek darlie  tanpa hadiah mug ini, RM14.40. Bezanya RM0.50. Terpulang kepada kita sebagai pengguna yang bijak. Benda hadiah ni selalunya kita sebagai pengguna cepat terpengaruh. Dulu mak-mak  kita suka sangat beli barang yang ada hadiah percuma. Untung katanya..

TAG NAMA DARI HIKAYAT SEORANG BUDAK

Assalamualaikum, Entri ini khas untuk  BUDAK  kerana bersusah payah buat tag nama untuk kawan-kawan blogger yang aktif singgah di blognya sepanjang 2014. AB adalah antara  41 Blogger Aktif  yang rajin komen di blog beliau. Terima kasih Budak, terharu sangat. Semoga persahabatan kita di alam maya terjalin erat.Insyaallah. Sesiapa yang belum mengenali beliau,  silalah ke blognya  Hikayat Seorang Budak . Wassalam..

HEADER BARU CHENACHENIS

Assalamualaikum... Happy sangat bila dapat kiriman header baru daripada Anies .Cantik dan cute dengan gambar Aina dan Anis.  Yang ni header lama blog  chenachenis . Simple kan.. Sekarang dah bertukar wajah.Hasil sentuhan dan kreativiti anies. i like... Terima kasih banyak-banyak  anies. Anies memang baik hati. Ada kawan-kawan blogger nak tukar header baru ataupun buat tempahan boleh hubungi anies di  aniesandyou.blogspot.com