Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Iklan Raya Maxis 2014-Kampung

Kasih sayang seorang ibu dan ayah yang sanggup meninggalkan kampung menjelang raya untuk menjenguk anaknya yang tak dapat beraya ke kampung.. 'Di mana Kasih Bertamu, Disitulah Keluarga Bersatu'

Dah nak raya yeaaa..

Assalamualaikum.. Hari ini hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan..Sebak rasanya kerana Ramadhan akan meninggalkan kita semua..Tak tahu lagi bila kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan akan datang..Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang.. Hari ini last day kerja..kerja-kerja yang tertangguh hari tu pun dah siap..Alhamdulillah..lega rasanya, dapat menyiapkan kerja dan dapatlah bercuti dengan senang.. Lagu-lagu raya sekarang ni semakin rancak berkumandang di radio..Mood raya dan nak balik kampung membuak-buak.. Bila dengar lagu raya macam-macam perasaan ada..sebaklah,sedih dan gembira.. Persiapan raya tahun ni buat ala kadar je..Tak tahu lah kenapa raya tahun ni aku malas nak buat kuih raya..Beli kuih tunjuk-tunjuk je..Tak banyak pun..Lagi pun lepas raya baru nak buat kuih..Hehehe..Ada ke patut.. Rasanya malam ini ramai yang dah merancang untuk pulang ke kampung masing-masing..Tapi sebelum tu pastikan dulu keadaan rumah selamat,pint

Syoknya Cuti..

Assalamualaikum.. Hari ni dah hari ke-3 aku tak masuk kerja..sebabnya anis demam..Selalunya kalau aina atau anis demam pasti aku ambil emergency leave.. Pasti kerja hakiki aku di office berlambak di atas meja..Ada berbaki 2 hari lagi..Next week dah nak start cuti raya.Mood raya dah datang.  Ada sikit lagi persiapan raya nak beli..Moga this saturday, orang tak ramai di shopping mall..Senang sikit nak shopping kasut si chenachenis ni. Nota kaki:bersiap-siap nak ke hospital pula..Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus..Semoga anis cepat sembuh..

Masihkah ada esok?

Jangan Kita Ingat Kita Masih Ada Esok Kredit:Fb

Anis minta baju frozen

Assalamualaikum.. Perasan tak sana sini frozen ..Hebat betul penangan frozen..Patung frozen,baju frozen,beg frozen,Pencil case frozen dan macam-macam frozen lah.. Sampai sekarang aina dan anis tengok frozen..dah tengok kat cinema..di paksanya papanya beli DVD frozen..diulang-ulangnya tengok cerita frozen.. Hari ni anis demam..demam-demam pun..apa katanya..anis nampak baju frozen kat kedai, cantik mama..mama boleh belikan untuk anis..alya ada baju tu..Apa yang sepupunya ada, anis pun nak.. Tak sampai hati pula nak kata tak kan..belikan jugalah baju t-shirt frozen.Harga RM29.00..Gembiranya..hilang demam sekejap..Tapi ada lagi permintaan tu..nak sling beg frozen pula dan anak patung elsa dan anna.. Nasib baik anis tak minta gaun macam elsa.. T-shirt frozen pinjam picture mr.google Contoh sling beg yang anis nak.. Hari tu anis nampak di bazaar ramadhan .. Nasib baik kakak aina tak minta macam-macam..Yang aina dia jenis tak kisah..Pakai je baju yang dibeli.. Kala

Just Me

Semalam sempat juga aku ke Alamanda selepas habis waktu kerja 4.30p.m. Disebabkan en.suami dah berjanji akan membelikan perfume , kena beli lah kan..Kalau tak berbunyilah aku macam budak kecik ..bila nak beli ni, kata janji nak beli.. Aku memang suka perfume ..wangi-wangian..sampaikan aku sembur juga perfume aku ke aina dan anis..Macam mana nak habis cepat..Anis memang ikut perangai aku..apa yang aku suka dia suka..lain sikit dengan aina.. kalau diikutkan macam-macam perfume yang aku beli sejak dari anak dara sampailah ada anak ni..Dulu aku pakai avon je.Lagipun kakak dealer avon..Suka yang butterfly..bau perfume ni memang sedap.Rasa cam nak terbang.. Bila dah kawen kita up sikit..Beli di kaunter Shopping Mall pula. Belilah di Parkson Alamanda. Sekarang ni dah jadi kawan pula dengan kakak Perfume.. Semalam nak beli yang perfume sama yang habis..Aku suka sangat bau ED Perfume 'Just Me Paris Hilton ..Baunya sweet dan manis..Konon nak bau Paris hilton lah aku ni.. Pin

Majalah Aisyah dah sampai..

Alhamdulillah.. Majalah Aisyah First Edition yang ditunggu-tunggu dah pun sampai pagi ini..Sebuah majalah terbitan Ana Muslim Sdn Bhd yang berorientasikan nilai-nilai Islami,khusus untuk bacaan muslimah professional dan bekerjaya.. Terima kasih Blogger  anies . Semoga anies sentiasa dimurahkan rezeki,berjaya didunia dan diakhirat..

Memori main bunga api

Semalam bila tengok anak-anak main bunga api , aku terkenang zaman kanak-kanak yang happening bila time bulan puasa . Zaman kanak-kanak memang indah.Masih lagi terpahat di ingatan ku. Bila habis je berbuka puasa,kami 4 beradik masa tu 2 orang adik belum lahir lagi,keluar rumah main bunga api yang abah beli. Rasanya tiap-tiap malam kami main bunga api.Masa tu bunga api yang popular bunga api besi. Abah akan potong daun batang pisang ataupun batang pokok kantan dan bunga api akan dicucuk dipangkal batang.Tujuan nya kata abah nanti tangan panas. Kalau abah tak ada masa kami main bunga api, kami akan lempar bunga api ke atas pokok rambutan ataupun pokok manggis.Biar bunga api tersangkut di atas pokok dan pokok akan bercahaya. Yang paling best bila satu kampung, main bunga api bila malam 27 likur .Meriah sangat.Abah pasang pelita minyak tanah dan sangkut di batang kayu yang abah pacak keliling rumah . Masa tu akan dengar riuh rendah suara kanak-kanak main bunga api dan mercun. 

CPUV Nuffnang:Fashion Pitch/Writer Unleashed

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. Nuffnang bermurah hati  lagi memberi CPUV dan Kempen ini daripada  Mycreative . Mycreative Sdn Bhd telah melancarkan pertandingan untuk mencari bakat-bakat baru dalam pertandingan Writer Unleashed bagi dan Fashion Pitch. Writer Unleashed Pertandingan bagi pencarian Writer Unleashed diadakan untuk mencari manuskrip terbaik dan menggalakkan serta meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia  Pemenang akan memenangi Wang tunai sehingga RM12,500.00 serta manuskrip akan ditebitkan. Tema: Bebas  Novel: Minimum 35,000 patah perkataan Himpunan Cerpen: Minimum 10 cerpen Himpunan Puisi: Minimum 80 puisi  Koleksi Artikel (Bukan Fiksyen):Minimum 10 Artikel Tarikh Tutup : 5 Ogos 2014 Fashion Pitch Berpeluang mendapatkan pinjaman perniagaan sehingga RM2,000,000.00. Tarikh tutup: 27 Julai 2014 Jangan lupa Klik banner di atas... Terima kasih Nuffnang kerana sudi beriklan di sini dan memberi kepercayaan kepada blog ini. S

Pray for Gaza

Iklan Raya TM 2014-Adik

Comel sungguh supergirl kecil ni.Banyak sangat alasan yang di berikan kepada ayahnya agar tak dimarahi.  BUKAN AYAH..TAK AYAH..RAYA NANTI ADIK MINTA MAAF LAH.. Jangan tunggu Hari Raya Aidifitri baru nak minta maaf.Tetapi kita digalakkan untuk menjadikannya sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Tangan dihulur tanda kemaafan, keampunan diberi nilai murni disemai..

10 Kalimat perlu dibiasakan

Kredit:FB

CPUV Nuffnang:Waku Doki Campaign

Alhamdulillah rezeki.. Waku Doki Campaign?Iklan apa pula ni..Ooh iklan dari toyota.Ada dance contest yang dinamakan 'Waku Doki Dance'dan akan berpeluang memenangi trip ke Tokyo..Woww Kalau berminat nak masuk contest ini Klik wakudoki dance  dan akan diajar gerakan tarian ini.. Terima kasih  Nuffnang .Jangan lupa Klik nanti ye..

Seriusnya Beli Shawl..

Lihatlah gambar diatas betapa seriusnya diriku membelek shawl di Radiusite Shah Alam petang semalam.Sempat lagi menyinggah di shah alam. Macam-macam pilihan shawl yang ada di sana.Rambang mata.Belum lagi singgah di butik rawang tu.Berkenan dengan shawl melur,safra dan adra chiffon.Apa lagi beli lah..Suami cakap jahit tudung sendiri lah lepas ni kalau susah nak pilih.. emmmm..ok juga..kita buat projek tudung after raya lah..  

Unic-Qunut Nazilah

Unic-Qunut Nazilah Doakan Untuk Gaza Ya Allah,Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka Ya Allah,hancurkan kumpulan mereka Ya Allah pecahkan pakatan mereka Ya Allah leburkan pendirian mereka Ya Allah musnahkan langkah mereka Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka Ya Allah yang Maha Memaksa Ya Allah yang Maha Perkasa Ya Allah yang Maha Membalas Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah Yang turunkan kitab Yang gerakkan awan Yang tewaskan tentera azab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan kemenangan untuk kami

Kenapa wanita perlu lebih tidur ?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Artikel di BH mengatakan bahawa wanita memerlukan tidur yang cukup .Kajian mendapati otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.Wanita yang kurang tidur sering mengalami kemurungan dan akan kerap marah.Sumber: bharian Memang wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak akan mengalami masalah tidur yang tidak cukup.Terutama wanita yang tidak mempunyai pembantu rumah seperti aku ni.Awal pagi dah bangun sebelum suami dan anak-anak.Siapkan anak ke sekolah then ke tempat kerja.Balik dari office, siapkan apa yang patut,memasak, kemas rumah,lipat baju,sidai baju dan pastikan anak menyiapkan kerja sekolahnya.Paling awal jam 11.00p.m ke atas baru dapat tidur..Janji suami dan anak gembira.Alhamdulillah belum tahap murung dan masih boleh kawal kemarahan. Kepada suami-suami bantulah isteri anda melakukan kerja rumah.ye...   

Salam Jumaat

Salam Jumaat  Doa semoga kita dilimpahi rezeki, dimudahkan segala urusan, disayangi, diteguhkan aqidah dan ditingkatkan iman.

Keikhlasan

Chef Anis

Mama nanti Anis nak jadi Chef. Anis suka masak-masak ni mama.. Assistant ku yang setia membantu di dapur..Rajin sangat menolong di dapur.. Kalau bab cuci cawan dan mug tu, bagi kat anis lah.. Bab menyepah kat dapur pun anis juga..Anis suka tiru cara-cara chef memasak..Ok..puan-puan hari ni chef anis nak masak sup tulang..Nak ketawa pun ada melihat gelagat anis.. Cita-cita kanak-kanak kecil sentiasa berubah.Persekitaran, latar belakang keluarga juga mempengaruhi cita-cita mereka. Aku suka kalau pendidikan seiring dengan bakat anak..Setiap anak dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi dan berbeza-beza.  Sama ada kita sebagai ibu bapa menyedari  bakat dan potensi diri anak-anak  kita  dan serlahkannya..

CPUV NUFFNANG :KASTAM MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Hari ni terkejut, ada CPUV dari Kastam Malaysia..Hebatnya  Nuffnang ,Kerajaan Malaysia pun beriklan dengan nuffnang. Kastam Malaysia sekarang ni tengah melakukan 'Ops Outlet 2014'. Operasi yang memerangi rokok haram. Sasaran adalah untuk mematahkan rangkaian penyeludupan,pengedaran dan penjualan rokok haram yang menumpukan kepada peniaga serta peruncit.  Kepada yang memiliki rokok haram tak kira lah yang jual ke atau beli akan dikenakan denda dan boleh dipenjara. Katakan Tidak pada rokok. Merokok kan membahayakan kesihatan. Oleh itu sayangilah diri anda, keluarga dan generasi anda. Rajin-rajinlah klik kalau ternampak iklan nuffnang ye..

CPUV Nuffnang: Tesco Delivery Lab

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Tesco dah ada online..ke aku yang ketinggalan zaman. Tanya pada kawan..memang ada pun..hahaha..Aku ni bukannya terror sangat bab beli shopping secara online ni..Tapi   Tesco Online ni macam best je.. Kalau nak tahu tesco ada 17,000 item yang boleh dibeli secara online dari barang dapur sampailah ke barangan perabot..First kena sign up dulu lah sebagai pengguna sebelum pilih barang..Katanya barangan yang dipilih adalah segar dan berkualiti.. Bila barang dah sampai di pintu rumah, kita boleh periksa dulu barang. Kalau rasa tak puas hati, boleh pulangkan semula barangan.Bayaran hanya dibuat selepas penghantaran dan boleh dibuat melalui kad kredit dan bukannya tunai..Senangkan..  Tak perlu lagi nak bersesak, beratur nak buat pembayaran, bayar parking, tol dan jimat masa dan tenaga.. Rasa malas nak keluar nak beli barang dapur dengan keadaan cuaca sekarang, order je melalui online.Sekarang ni pun zaman serba canggih.. Thank you Nuffnang.  Na

Manisnya beri mak abah duit...

Assalamualaikum.. Selepas habis belajar, di tambah dengan kegawatan ekonomi masa tu..sukar untuk aku mendapat pekerjaan.  Tapi ada di antara kawan-kawan yang mudah mendapat kerja dan gaji yang lumayan. Rezeki diorang.. aku pula.. first job, bekerja sebagai pembantu kedai di subang jaya..Ya Allah, masa tu gaji memang kecik..nak bayar sewa rumah lagi..tambang bas..tapi aku memang tak lupa bagi mak dan abah duit...Seingat aku, aku bagi mak RM100.00.. Aku memang suka lompat kerja..dari satu kerja ke satu kerja..Hehehe..Orang kata kalau nak gaji banyak kau kena lompat kerja..Kalau tak gaji kau akan naik sikit jelah (betul ke?..ye lah agaknya).. Al hamdulilah..walaupun suka tukar kerja..aku tetap bagi mak dan abah duit..aku akan bagi mak lebih dari abah..Sehinggakan aku berkahwin.. Tanggungjawab sebagai anak tak terhenti di situ. Selepas berkahwin memang kita akan banyak guna duit..lebih-lebih lagi bila dah ada anak..Nak bayar loan kereta, sewa rumah, loan rumah, beli susu an

Sabar je...

Ya bersabarlah walau apa pun dugaan datang..Hari ini memang menuntut kesabaran yang tinggi.Dengan keadaan internet yang lembab segala urusan kerja banyak yang tertangguh.Target nak siapkan hari ini juga..nampak gayanya kena lah sambung minggu depan..Sabar je lah..

Pilihan untuk berbuka puasa

Syukur Alhamdulillah .. beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia , bila tiba bulan ramadhan kita boleh memilih apa sahaja makanan untuk berbuka . . Kita ada pilihan untuk masak sendiri   ,membeli di bazaar ramadhan, berbuka di hotel dan restoren yang menawarkan  Buffet Ramadhan dengan menyediakan pelbagai jenis lauk, kuih muih dan bermacam lagi hidangan.. Bertuahnya bagi wanita-wanita yang bekerja sempat memasak juadah makanan untuk hidangan iftar selepas pulang waktu bekerja...Walaupun hidangan yang ringkas , tapi kebersihan adalah terjamin..Bagi mereka yang tak sempat untuk memasak, pilihan tentunya Bazaar Ramadhan.. Semua orang ada pendapat masing-masing samada memasak itu lebih jimat  ataupun membeli sahaja. . Ada yang berpendapat masak sendiri lebih menjimatkan, tetapi ianya bergantung kepada bilangan ahli keluarganya dan situasi...Mereka yang mempunyai anak ramai pastinya memasak sendiri adalah lebih menjimatkan.. Bagi kami sekeluarga, kami akan singgah di ruma

Salam Ramadhan