Manisnya beri mak abah duit...

Assalamualaikum..Selepas habis belajar, di tambah dengan kegawatan ekonomi masa tu..sukar untuk aku mendapat pekerjaan. 

Tapi ada di antara kawan-kawan yang mudah mendapat kerja dan gaji yang lumayan. Rezeki diorang.. aku pula.. first job, bekerja sebagai pembantu kedai di subang jaya..Ya Allah, masa tu gaji memang kecik..nak bayar sewa rumah lagi..tambang bas..tapi aku memang tak lupa bagi mak dan abah duit...Seingat aku, aku bagi mak RM100.00..

Aku memang suka lompat kerja..dari satu kerja ke satu kerja..Hehehe..Orang kata kalau nak gaji banyak kau kena lompat kerja..Kalau tak gaji kau akan naik sikit jelah (betul ke?..ye lah agaknya)..

Al hamdulilah..walaupun suka tukar kerja..aku tetap bagi mak dan abah duit..aku akan bagi mak lebih dari abah..Sehinggakan aku berkahwin..

Tanggungjawab sebagai anak tak terhenti di situ. Selepas berkahwin memang kita akan banyak guna duit..lebih-lebih lagi bila dah ada anak..Nak bayar loan kereta, sewa rumah, loan rumah, beli susu anak, bayar pada pengasuh, bil dan macam-macam lagi lah..Masa tu pula, aku dah setelkan duit pinjaman, masa belajar di universiti..lega..

Aku tetap bagi mak abah duit..sampaikan mak menitiskan air mata mendoakan kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki..sebak rasanya..(ayat mak: banyaknya kawu bagi  lang, amak doakan keluarga kawu murah rezeki lang)..

Setiap bulan, walaupun bagi mak dan abah duit, kami berdua akan belanja makan di luar..Kalau aku terlupa, abah selalu ingatkan..(ayat sedih abah : dah lama tak ajak abah makan di luar)..

Bukan itu saja, aku zakatkan pendapatan gaji aku setiap bulan begitu juga suami. Alhamdulillah, sekarang ni dah 8 tahun aku zakat kan gaji aku dari tahun 2006..

Kemanisannya lagi terasa..kita akan rasa bahagia, hidup tenang..walaupun gaji tak lah besar mana..tapi..bila tak cukup duit..ada je rezeki yang Allah bagi pada kita..jiran yang baik, kawan yang baik dan macam-macam lagi tanpa kita sedari sebenarnya..

Kemudian, aku dan suami diuji, bila pengasuh tak nak jaga anak dan ingin menumpukan business makan..Ya Allah macam mane ni..dah lah aina dan anis memang tak pernah hantar ke taska.Berhenti kerja..tak mungkin.Pindah rumah yang suami beli..tak kan nak halau diorang kot..kejamnya tuan rumah..

Jadi, kami ambil keputusan balik kampung dan menetap di Batang Kali.Bukan mudah kami nak buat keputusan..Tapi memikirkan aina akan bersekolah, kami kentalkan hati..Travel setiap hari ke tempat kerja..Sorang ke Subang Jaya dan sorang lagi Serdang..Rempit lagi tu..memang mencabar dan risikonya memang tinggi..

Rupanya Allah dan rancang perjalanan hidup kami..Itulah  Allah dah aturkan segalanya..aku dapat membeli rumah ku sendiri..Memang mudah urusan pembelian rumah..Kalau tak sebelum pindah ke sini macam-macam halangan aku bila nak beli rumah..Sekarang ni hanya tunggu kunci rumah je..InsyaAllah diizinkan Allah akhir tahun ini..

Kalau nak diikutkan kisah aku ini tak lah sehebat kisah orang lain..Tapi bagi aku bila kita berbakti dan sentiasa bersedekah kepada mak ayah kita dan adik beradik lain..InsyaAllah kita akan terasa kemanisannya..Allah akan datangkan rezeki kita dalam pelbagai bentuk..kenaikan gaji, bonus, menang peraduan lah, kesihatan baik dan macam-macam lagi..Maknanya rezeki kita tu tak putus-putus..

Sedikit rasa terkilan, bila ada antara kawan yang tidak menghulur kepada parents dan tidak berzakat..alasan..banyak nak pakai duit, nak bayar itu inilah dan macam-macam..

Sebenarnya sikit ke banyak, janji kita dapat berbakti dengan orang tua kita..lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan ni banyak-banyak lah kita bersedekah..Kerana bersedekah bukan sahaja rasa bahagia, hapuskan dosa, harta kita berkat, sembuhkan penyakit, bebas dari seksa kubur dan dapat naungan di akhirat.Amiin..





Comments

  1. betul tu sis, mmg rasa sangat2 sweet dapat bagi duit kat ibu n ayah, lagi2 nak raya ni belikan dorang baju raya ;)

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Lagi banyak kite memberi, lagi kite di murahkan rezeki. :)

    ReplyDelete
  3. betul tuu kak..
    eiqa pun keje bg ibu ayah duit..
    rse senang, rse tuu rasa yg gane ek nak cakap..

    walaupun x seberapa tp alhamdulillah eiqa dpt jugak bg ke ibu ayah, hasil dari titik peluh sendiri

    ReplyDelete
  4. Kadang2 makbapak kita bukan nak sgt duit kita.... cuma dia rasa seronok anak2 bagi duit kat dia... yg penting diorg happy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK