Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Sprout The Pensil-Selamatkan Bumi

Ajaib! Selama ini kita tidak pernah terfikir untuk menjadikan sebatang pensil sebagai tempat percambahan benih tumbuhan.Idea mencipta pensil  ini dari sebuah syarikat Democratech yang berjaya mencipta Sprout,Plant your Pencil dalam usaha untuk menyelamatkan rumah hijau. Pensil ini adalah pensil biasa yang digunakan untuk menulis dan menconteng.Bezanya ia lebih semula jadi berbanding pensil yang kita gunakan kesudahannya akan dibuang ke dalam tong sampah apabila sudah pendek dan tidak berguna lagi. Pelbagai Jenis Biji Benih Pensil ini didatangkan dalam pelbagai jenis biji benih dengan tumbuhan yang berbeza iaitu dari spesis herba, sayur dan bunga.Antaranya pokok daun selasih,pudina,ketumbar,rosemary,tomato ceri,lada hijau,parsley,sage,thyme dan marigold. Teknik menanam (Tanam, Siram dan Tumbuh) Cuma, cucuk pensel yang tidak diasah dan sudah pendek  ke dalam bekas yang berisi tanah kerana di situlah benih ditempatkan. Tanam Kemudian siram setiap hari supay

CPUV Nuffnang:Sanofi Lactacyd April 2014

CPUV Nuffnang:Sanofi Lactacyd April 2014 Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog  chenachenis  dan menabung di sini. Terima kasih kepada Nuffnang  sudi memberikan CPUV lagi dan lagi.. Kempen terbaru CPUV kali ini dari Lactacyd . Jangan lupa isi borang yang disediakan kalau  nak free sample Sanofi Lactacyd  ye..

Setkan minda positif

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Hari ini Setkan minda kita dengan perkara yang positif,bercakap yang positif,fikir positif,melihat positif.Jauhkan diri daripada melihat perkara yang negatif dan jangan biarkan diri kita dikuasai oleh sikap yang negatif tanpa disedari. Bila kita setkan minda dengan positif, insyaAllah walaupun perkara yang tidak baik berlaku hari ini, kita akan menghadapinya dengan sabar dan berlapang dada. Elakkan diri daripada rasa tidak puas hati, mencemuh orang dan elakkan marah.Marah itu emosi negatif.Jangan asyik nampak kesalahan dan keburukan orang lain.Tapi kesalahan sendiri tidak diperbetulkan. Kita yang setkan minda kita positif atau negatif.Jangan biarkan negatif bersarang di minda kita dengan cerita-cerita negatif dan tidak bermanfaat. Kita kena cepat-cepat tukar mode kepada positif. Oleh itu pancarkan sel-sel positif di sekeliling kita, pasti  jiwa kita akan rasa tenang..

Awasi Hatimu

Aina study nak exam..

Assalamualaikum.. Baru hari ini dapat menjenguk blog chenachenis. Terpaksa melupakan blog seketika. Lagipun anis demam begitu juga dengan diriku dan aina yang akan mengambil peperiksaan pertengahan tahun untuk sekolah pagi dan petang minggu ini.  Bertungkus lumus aina dan aku ulang kaji subjek yang dipelajari. Semak semula kertas soalan lepas dan berpesan kepada aina supaya membaca arahan soalan dulu sebelum menjawab dan semak semula jawapan. Khusyuk.. Biaselah jawapan yang diberi..Ok mama...jangan yakin sangat..bila terlalu yakin soalan yang senang pun boleh salah..Alhamdulillah peperiksaan awal tahun aina antara 5 orang pelajar terbaik di kelasnya 1 Brilliant.Semoga aina mengekalkan prestasinya dan mendapat keputusan yang cemerlang.. p/s: rindu nak berjalan-jalan dan singgah menyinggah

Jangan terpedaya sindiket anak angkat

Assalamualaikum.. Macam-macam sekarang orang nak cari duit dengan mudah..sanggup memperdayakan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak untuk mendapatkan duit..Semalam heboh di group whatsapp azlea mesej mengenai pasangan kembar untuk diambil sebagai anak angkat dan pasangan kembar tidak boleh dipisahkan..Betul ke?..mudahnya nak bagi anak pada orang lain.. Ini mesejnya... Ini petikan  di Kosmo bertarikh semalam (Rabu)-14 Mei 2014 "Guru Kempunan anak angkat"  Sepasang suami isteri yang terdesak untuk memiliki anak sendiri selepas sembilan tahun berkahwin nyaris terpedaya dengan tawaran satu sendikit yang kononnya menguruskan pengambilan anak angkat. Maklumat  PDRM :- Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat.  Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru  sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah.  Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat akan menghu

Degilnya!!!

Makanan organik

Pernah ke Justlife Shop tak?Kedai yang menjual produk organik. Semalam azlea dan husband ke Justlife Shop di IPC, Damansara. Konon saje je nak masuk tengok makanan organik apa yang dijual.   Inilah hasil belian semalam, Plain Flour,Onion Brown,New Zealand Spinach dan Tomato Cherry.Jumlah kesemuanya RM20.65.  Orang kata makanan organik mahal.Namun kebaikannya untuk kesihatan kita jangka panjang. Kelebihan makanan organik: Lebih segar,enak dan tidak cepat busuk Sayuran organik lebih manis dan sedap. Ini disebabkan kandungan air dalam sayur tidak terlalu banyak.Selain itu, kandungan air yang sedikit dibandingkan dengan sayuran bukan organik membuatkan sayur organik lebih tahan lama. Kandungan gizi yang tinggi Sayuran organik mengandungi gizi yang tinggi dan berkhasiat seperti kandungan mineral dibandingkan sayuran bukan organik. Lebih sihat,selamat dan berkualiti Makanan organik adalah makanan segar tanpa bahan kimia dan penggunaan racun serangga. M

CPUV Nuffnang:McDonald's Hello Kitty Circus

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah syukur, hari ini pihak nuffnang berbesar hati memberikan CPUV kepada blog ini. Rasa sangat hepi,excited dan bersemangat lagi untuk berblogging.. Terima kasih Nuffnang.. Kempen CPUV datangnya dari McDonald's Hello Kitty.Jemputlah rakan-rakan pembaca semua menderma tabungku kalau sudi..hehehe.. Sesiapa yang peminat tegar Hello Kitty boleh dapatkan  koleksi Hello Kitty  Circus  di MacDonald's dan stok terhad ye..Hanya RM10.95 setiap pembelian.. Nak tahu lebih lanjut klik ni  McDonald's Hello Kitty  .

Sejoli:Misi Cantas Cinta..

Assalamualaikum.. Akhirnya dapat juga aku dan suami menonton Filem Sejoli arahan Osman Ali yang dilakonkan oleh pelakon Maya Karin,Remy Ishak,Bront Palarae,Izara Aishah,Dira  Abu Zahar,Azad Jasmin dan ramai lagi malam semalam.Itupun pastikan aina dan anis tidur dulu..Filem ini bagi aku memang menghiburkan..kalau nak lepas kan tension..boleh lah tonton filem komedi cinta sebegini..Filem ringan dan menghiburkan.. Sinopsis Filem Sejoli:- Filem ini mengisahkan Joe dan Gina ke Phuket,Thailand untuk menenangkan fikiran apabila mereka kecewa ditinggalkan oleh pasangan masing-masing.Di sanalah secara kebetulan mereka telah bertembung dan terjalinlah persahabatan antara mereka berdua. Joe telah menggelar Gina 'Katak Rempit' dan Gina menggelar Joe Mamat Kura-Kura.. Mereka bersepakat untuk menghancurkan perkahwinan Hardy dan Nita sebagai jalan untuk mendapatkan semula pasangan masing-masing.. 'Kita Sabo (Sabotaj) je diorang... Sampai di KL, mereka berdua telah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas hari ini.. Image google Rasullullah S.A.W bersabda :"Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat sombong dan takabbur (Hadis riwayat Baihaqi) Marilah kita berlumba-lumba memulakan memberi salam agar terhakis sifat yang negatif seperti riak dan takabbur.  Semoga Allah memberkati usaha kita..

Oly Lukis wajah karikatur

Inilah gambar lukisan karikatur yang dilukis oleh  olylukis  ketika kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 semalam di PWTC.Puas hati dengan hasil lukisan oly.Pertama kali wajah kami dilukis dalam karikatur hitam putih.. Comel aina dan anis..hehehe(puji anak sendiri)..yang paling over, siapa lagi ai lah..papa aina anis..nampak muka sedih, sebab selsema semalam.. Mr Oly lukis memang cepat..hanya melihat wajah kami, dia boleh menyiapkan lukisan tak sampai 10 minit..Hebat kan... Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC, memang seronok..beli buku dapat buku percuma.. aina paling seronok dapat memilih sendiri buku yang ingin dibelinya..Kalau ikut kan hati nak tunggu sampai malam..tapi tak boleh, dah nak petang pengunjung makin ramai dan bersesak. Kami pergi waktu pagi, selesa sikit berjalan dari satu gerai ke gerai lain.. Antara buku yang dibeli.. Kita tunggu tahun depan pula ye..nak borong buku..

Ketagihan Telefon Pintar

Assalamualaikum..semoga anda semua ceria dan manfaatkan hari minggu bersama orang yang tersayang.. Pernah tak kita terfikir kalau dulu hanya 3 barang sahaja yang akan dibawa ketika keluar.Antaranya dompet, kunci rumah,kunci kereta ataupun tas tangan.Zaman sudah pun berubah,kini telefon bimbit  telah ditambah di dalam senarai tersebut dan menjadi satu keperluan dan amat penting di waktu kecemasan. Gangguan Emosi Sama ada benar atau tidak, penggunaan telefon bimbit seperti telefon pintar telah mengakibatkan gangguan emosi seperti keresahan dan tidak boleh dipisahkan.Ke mana-mana sahaja pasti dengan telefon pintar.Tidak hairanlah sekarang di mana sahaja anda berada, di restoren, sambil menunggu seseorang, di dalam train pasti kita akan melihat sekumpulan manusia yang asyik bermain dengan telefon pintar tanpa menghiraukan orang sekeliling. Baru-baru ini kita telah dikejutkan apabila seorang remaja bertindak diluar batas manusia telah bertindak kejam menikam dan mengelar ibunya

Kesilapanku Keegoanmu

Kesilapanku Keegoanmu~Siti Nurhaliza Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku Kau cuba menyatakan aku Membuat kesilapan Yang tak mungkin kau maafkan lagi Ku tak mungkin kau perlu di sisi Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya Kau ingin ku menyalakan Diri ini bagai lilin Dan terbakar oleh perbuatanmu Suasana sepi kini menambahkan hening Di dalam hatiku Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada Di waktu begini diusik kenangan silam Yang bertandang Lalu ku biarkan Ia menabahkan hati ini Kekasihku cukup engkau buat ku begini Luka ini usah engkau berdarahkan kembali Aku masih cinta padamu Aku masih setia padamu Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu Di dalam rindu ku menangis Di dalam kalbu ku terasa Teringatmu di kala derita Yang memisahkan kita Di dalam sedu ku berseru Yang terukir di dalam hatiku Keka