Skip to main content

Sejoli:Misi Cantas Cinta..

Assalamualaikum..

Akhirnya dapat juga aku dan suami menonton Filem Sejoli arahan Osman Ali yang dilakonkan oleh pelakon Maya Karin,Remy Ishak,Bront Palarae,Izara Aishah,Dira  Abu Zahar,Azad Jasmin dan ramai lagi malam semalam.Itupun pastikan aina dan anis tidur dulu..Filem ini bagi aku memang menghiburkan..kalau nak lepas kan tension..boleh lah tonton filem komedi cinta sebegini..Filem ringan dan menghiburkan..
Maya Karin dalam Fiem Sejoli
Sinopsis Filem Sejoli:-

Filem ini mengisahkan Joe dan Gina ke Phuket,Thailand untuk menenangkan fikiran apabila mereka kecewa ditinggalkan oleh pasangan masing-masing.Di sanalah secara kebetulan mereka telah bertembung dan terjalinlah persahabatan antara mereka berdua. Joe telah menggelar Gina 'Katak Rempit' dan Gina menggelar Joe Mamat Kura-Kura..
Maya Karin dalam Filem Sejoli

Mereka bersepakat untuk menghancurkan perkahwinan Hardy dan Nita sebagai jalan untuk mendapatkan semula pasangan masing-masing..

'Kita Sabo (Sabotaj) je diorang...

Sampai di KL, mereka berdua telah mendapatkan bantuan dari Lola dan Tompy..Bermulah misi cantas cinta dan mensabotaj yang berasaskan 3 unsur iaitu Self Confident,Understanding dan Trust.Dalam melaksanakan misi ini, mereka berdepan pelbagai cabaran dan berlaku lah kekecohan..Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Gina dan Joe dengan harapan hubungan Hardy dan Nita berakhir..

Setelah mereka berdua berjaya memisahkan Hardy dan Nita barulah mereka mengakui cinta itu tidak boleh dipaksa dan kita tidak boleh mengubah takdir jodoh kita...
Maya Karin dalam Filem Sejoli

Siapa yang pernah tengok filem cun..pasti korang rasa terhibur juga menonton Sejoli..Hero dan Heroin yang sama (Maya Karin dan Remy Ishak)..




Comments

  1. hahhaahaa
    sebelum cakap baik eiqa gelak dlu.. ahhaahaa
    best gilee kan kak cerita nieee.!!!! XD
    eiqa tngok asyik nak gelak ajee..
    Tang sweet mula la nak trsenyum sorang2x, cehh.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah eiqa..dari awal sampai habis akak nak tergelak je...lagu biar sejoli-tomok pun best gak eiqa..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet