Assalamualaikum..
Akhirnya dapat juga aku dan suami menonton Filem Sejoli arahan Osman Ali yang dilakonkan oleh pelakon Maya Karin,Remy Ishak,Bront Palarae,Izara Aishah,Dira Abu Zahar,Azad Jasmin dan ramai lagi malam semalam.Itupun pastikan aina dan anis tidur dulu..Filem ini bagi aku memang menghiburkan..kalau nak lepas kan tension..boleh lah tonton filem komedi cinta sebegini..Filem ringan dan menghiburkan..
Sinopsis Filem Sejoli:-
Sinopsis Filem Sejoli:-
Filem ini mengisahkan Joe dan Gina ke Phuket,Thailand untuk menenangkan fikiran apabila mereka kecewa ditinggalkan oleh pasangan masing-masing.Di sanalah secara kebetulan mereka telah bertembung dan terjalinlah persahabatan antara mereka berdua. Joe telah menggelar Gina 'Katak Rempit' dan Gina menggelar Joe Mamat Kura-Kura..
Mereka bersepakat untuk menghancurkan perkahwinan Hardy dan Nita sebagai jalan untuk mendapatkan semula pasangan masing-masing..
'Kita Sabo (Sabotaj) je diorang...
Sampai di KL, mereka berdua telah mendapatkan bantuan dari Lola dan Tompy..Bermulah misi cantas cinta dan mensabotaj yang berasaskan 3 unsur iaitu Self Confident,Understanding dan Trust.Dalam melaksanakan misi ini, mereka berdepan pelbagai cabaran dan berlaku lah kekecohan..Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Gina dan Joe dengan harapan hubungan Hardy dan Nita berakhir..
Setelah mereka berdua berjaya memisahkan Hardy dan Nita barulah mereka mengakui cinta itu tidak boleh dipaksa dan kita tidak boleh mengubah takdir jodoh kita...
Siapa yang pernah tengok filem cun..pasti korang rasa terhibur juga menonton Sejoli..Hero dan Heroin yang sama (Maya Karin dan Remy Ishak)..
hahhaahaa
ReplyDeletesebelum cakap baik eiqa gelak dlu.. ahhaahaa
best gilee kan kak cerita nieee.!!!! XD
eiqa tngok asyik nak gelak ajee..
Tang sweet mula la nak trsenyum sorang2x, cehh.. :P
samalah eiqa..dari awal sampai habis akak nak tergelak je...lagu biar sejoli-tomok pun best gak eiqa..
Delete