Skip to main content

Posts

Showing posts from September 14, 2013

Pantasnya Masa Berlalu

Assalamualaikum semua.Rasanya seminggu tak update blogku ini .Maklumlah busy sangat dengan kerja-kerja hakiki,business part time dan macam-macam lagi.  Tapi hari ini nak jugak ceritalah, semalam sebab dah lama sangat tak balik dengan komuter perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Keluar office 5.30 pm. sampai rumah jam 8.45 pm.Penat tau.Rasanya drive tak adalah sampai 3 jam. Tak percayakan.Selalunya Azlea balik ngan en. abang, tapi en.abang tak dapat hantar balik sebab kena sambung kerja. Sebelum naik tren sempat jugak singgah Shaklee di Empire Subang  belikan Vitamin untuk customer.Hehehe.. Sampai di KL Sentral, Ya Allah ramainya manusia.Kenapa ni?Lah baru teringat cuti 3 hari sempena Hari Malaysia. Dah lah terlepas tren nak ke Rawang.Tunggu lagi.Nasib baik tak tunggu lama. Dapatlah naik tren nak ke Tanjung Malim.Alhamdulillah, tak bersesak sangat. Tapi adalah 2 orang jejaka tampan ni, nak masuk 'Koc Wanita', Hello tak nampak ke "Ladies Only