Posts

Showing posts from May 19, 2014

Aina study nak exam..

Image
Assalamualaikum..


Baru hari ini dapat menjenguk blog chenachenis. Terpaksa melupakan blog seketika. Lagipun anis demam begitu juga dengan diriku dan aina yang akan mengambil peperiksaan pertengahan tahun untuk sekolah pagi dan petang minggu ini. 
Bertungkus lumus aina dan aku ulang kaji subjek yang dipelajari. Semak semula kertas soalan lepas dan berpesan kepada aina supaya membaca arahan soalan dulu sebelum menjawab dan semak semula jawapan.
Biaselah jawapan yang diberi..Ok mama...jangan yakin sangat..bila terlalu yakin soalan yang senang pun boleh salah..Alhamdulillah peperiksaan awal tahun aina antara 5 orang pelajar terbaik di kelasnya 1 Brilliant.Semoga aina mengekalkan prestasinya dan mendapat keputusan yang cemerlang..



p/s: rindu nak berjalan-jalan dan singgah menyinggah