Sprout The Pensil-Selamatkan Bumi

Ajaib! Selama ini kita tidak pernah terfikir untuk menjadikan sebatang pensil sebagai tempat percambahan benih tumbuhan.Idea mencipta pensil  ini dari sebuah syarikat Democratech yang berjaya mencipta Sprout,Plant your Pencil dalam usaha untuk menyelamatkan rumah hijau.

Pensil ini adalah pensil biasa yang digunakan untuk menulis dan menconteng.Bezanya ia lebih semula jadi berbanding pensil yang kita gunakan kesudahannya akan dibuang ke dalam tong sampah apabila sudah pendek dan tidak berguna lagi.

Tumbuhan pensil

Pelbagai Jenis Biji Benih

Pensil ini didatangkan dalam pelbagai jenis biji benih dengan tumbuhan yang berbeza iaitu dari spesis herba, sayur dan bunga.Antaranya pokok daun selasih,pudina,ketumbar,rosemary,tomato ceri,lada hijau,parsley,sage,thyme dan marigold.

Teknik menanam (Tanam, Siram dan Tumbuh)

Cuma, cucuk pensel yang tidak diasah dan sudah pendek  ke dalam bekas yang berisi tanah kerana di situlah benih ditempatkan.


Tumbuhan Pensil
Tanam

Kemudian siram setiap hari supaya ia lebih cepat membesar kerana air akan mengaktifkan kapsul biji benih. Jangka tumbesaran pokok ini tumbuh dengan baik adalah antara seminggu hingga 20 hari.

Tumbuhan Pensil
Siram
Tumbuhan Pensil
Tumbuh

Bagaimanapun, kita diingatkan tidak membasahkan pensil tersebut sebelum tiba masanya kerana ia akan mempercepatkan proses pertumbuhan benih.Malah sukar untuk kita untuk menulis apabila ada pokok tumbuh pada batang pensel.


Sejajar dengan tujuan penciptaan yang mesra alam sekitar, pensel ini tidak menggunakan plumbum sebagai bahan tulis.Sebaliknya telah menggunakan tanah liat sebagai dakwat, malah baunya juga wangi dan selamat untuk kegunaan kanak-kanak.


Sumber:Google

Comments

  1. Wah! Ade jual ke kat malaysia ni? Nak beli.. Wuuu~ nak adiahkn kat someone.

    ReplyDelete
  2. hebat.. idea dorg mmg terbaik...

    ReplyDelete
  3. bestnyer ! jual kat mana ni, mmg mesra alam ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK