Skip to main content

Memori main bunga api

Semalam bila tengok anak-anak main bunga api, aku terkenang zaman kanak-kanak yang happening bila time bulan puasa. Zaman kanak-kanak memang indah.Masih lagi terpahat di ingatan ku.

Bila habis je berbuka puasa,kami 4 beradik masa tu 2 orang adik belum lahir lagi,keluar rumah main bunga api yang abah beli. Rasanya tiap-tiap malam kami main bunga api.Masa tu bunga api yang popular bunga api besi.

Abah akan potong daun batang pisang ataupun batang pokok kantan dan bunga api akan dicucuk dipangkal batang.Tujuan nya kata abah nanti tangan panas.

Kalau abah tak ada masa kami main bunga api, kami akan lempar bunga api ke atas pokok rambutan ataupun pokok manggis.Biar bunga api tersangkut di atas pokok dan pokok akan bercahaya.

Yang paling best bila satu kampung, main bunga api bila malam 27 likur.Meriah sangat.Abah pasang pelita minyak tanah dan sangkut di batang kayu yang abah pacak keliling rumah.Masa tu akan dengar riuh rendah suara kanak-kanak main bunga api dan mercun. 

Zaman itu dah pun berlalu.Yang ada hanya tinggal kenangan untuk diceritakan dan memang tidak boleh dilupakan. Sekarang ni susah nak tengok suasana zaman kecik-kecik aku .Memang seronok.

Tapi semalam aku main juga bunga api dengan aina dan anis di rumah mak dan abah.Aku pula yang lebih-lebih main bunga api..Terover..Papa aina dan anis tengok je gelagat kami bertiga main bunga api..

Semoga ada kenangan terindah untuk aina dan anis bila mereka dah besar untuk diceritakan..Sama juga dengan aku, bila kumpul adik beradik mulalah bercerita keseronokan bermain bunga api bersama-sama..

Nasihat untuk mereka yang ada anak kecik tu pantaulah anak-anak masa bermain bunga api.Nasihat untuk adik-adik jangan buat mercun sendiri dan jangan beli mercun yang merbahaya dan dilarang. 



Comments

  1. Zaman ana kecik2 pun still main bunga api. Beli berkotak2 ngan jiran depan. Pastu main sampai boring. Hahaha

    ReplyDelete
  2. kenangan masa kecik memang tak boleh lupa... sekarang dah tak terasa semua tu...

    ReplyDelete
  3. sy jarang main bunga api tapi kalu cucu2 jiran blk kampung sy akn tumpang sekaki. dia punya mercun selalu 'up to date'... ;-)

    ReplyDelete
  4. Zaman kanak2 dulu mmg syok... tiap2 malam main bunga api. Bila dah besar sikit main mercun pulak hehee... nostalgialah... :D

    ReplyDelete
  5. mmg best main bunga api.smpai sekarang pun kalau ada peluang,mmg akn join gak main bunga api ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...