Dah nak raya yeaaa..

Assalamualaikum..

Hari ini hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan..Sebak rasanya kerana Ramadhan akan meninggalkan kita semua..Tak tahu lagi bila kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan akan datang..Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang..

Hari ini last day kerja..kerja-kerja yang tertangguh hari tu pun dah siap..Alhamdulillah..lega rasanya, dapat menyiapkan kerja dan dapatlah bercuti dengan senang..

Lagu-lagu raya sekarang ni semakin rancak berkumandang di radio..Mood raya dan nak balik kampung membuak-buak..Bila dengar lagu raya macam-macam perasaan ada..sebaklah,sedih dan gembira..

Persiapan raya tahun ni buat ala kadar je..Tak tahu lah kenapa raya tahun ni aku malas nak buat kuih raya..Beli kuih tunjuk-tunjuk je..Tak banyak pun..Lagi pun lepas raya baru nak buat kuih..Hehehe..Ada ke patut..

Rasanya malam ini ramai yang dah merancang untuk pulang ke kampung masing-masing..Tapi sebelum tu pastikan dulu keadaan rumah selamat,pintu dan tingkap dikunci rapat..Raya raya juga kan..

Pada kawan blogger dan semua pembaca yang nak balik beraya ke kampung, semoga perjalanan anda selamat..Berhati-hati di jalan raya..

Nota kaki: balik Terengganu..yeaaa














Comments

  1. selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin andai ada komen - komen yg mengguris rasa . semoga selamat sampai ke destinasi dan bergembira bersama keluarga di hari mulia ini .

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin...
    Salam ceria Aidilfitri dari saya... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Salam Lebaran buat AB sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK