Pilihan untuk berbuka puasa

Syukur Alhamdulillah..beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia, bila tiba bulan ramadhan kita boleh memilih apa sahaja makanan untuk berbuka..Kita ada pilihan untuk masak sendiri ,membeli di bazaar ramadhan, berbuka di hotel dan restoren yang menawarkan Buffet Ramadhan dengan menyediakan pelbagai jenis lauk, kuih muih dan bermacam lagi hidangan..

Bertuahnya bagi wanita-wanita yang bekerja sempat memasak juadah makanan untuk hidangan iftar selepas pulang waktu bekerja...Walaupun hidangan yang ringkas, tapi kebersihan adalah terjamin..Bagi mereka yang tak sempat untuk memasak, pilihan tentunya Bazaar Ramadhan..

Semua orang ada pendapat masing-masing samada memasak itu lebih jimat ataupun membeli sahaja.. Ada yang berpendapat masak sendiri lebih menjimatkan, tetapi ianya bergantung kepada bilangan ahli keluarganya dan situasi...Mereka yang mempunyai anak ramai pastinya memasak sendiri adalah lebih menjimatkan..

Bagi kami sekeluarga, kami akan singgah di rumah mak dan berbuka bersama ..Syukur alhamdulillah..dapat berbuka bersama mak, abah dan kakak..kalau ke bazar ramadhan pun hanya beli kuih muih sahaja atau pun lauk sebagai tambahan.. Hanya waktu cuti sahaja AB akan memasak..

Walau apa pun pilihan yang kita ada, kita kena beringat, bulan Ramadahan tanpa kita sedari perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.Perkara ini berlaku kerana kita tidak mengawal perbelanjaan kita..

Bersederhanalah ketika berbuka dan jangan ikut kehendak selera kita.Kita perlu mengawal nafsu, bukan nafsu yang mengawal kita.. 

~Selamat Berbuka Puasa untuk semua muslimin dan muslimat~





Comments

  1. tu yang kita kena hindari...bersederhana tu bagus kan..

    ReplyDelete
  2. Setuju ngan entri ni. Jangan over sgt makan. Bulan puasa bukan bulan pesta makan. Kalau ana, berbuka hanyalah tamar nasi suku pinggan kuih setengah air yang 2 3 cawan. Hehe. Makan tak sgt, tapi haus lebih.

    ReplyDelete
  3. belanja utk makan2 naik sekali ganda masa ramadhan sebenarnya . sbb nafsu , ramai yg x ambil tahu .

    ReplyDelete
  4. Betul tu...inilah sebenarnya dugaan dibulan Ramadhan. Andai kita berjaya mengawal hawa nafsu...kita akan lulus!

    ReplyDelete
  5. Masak atau membeli juadah berbuka puasa ni bergantung dengan keadaan semasa. Masak memang jimat, tapi majoriti sekarang ni terpaksa membeli sebab masa dah tak sempat. Sangkut kat jem punya pasal.

    ReplyDelete
  6. So far boleh control bila gi pasar Ramadhan..he..he

    ReplyDelete
  7. setuju, bersederhana la kita.
    Akak akak akakkk..
    Selamat berpuasa :)

    Peluk cium eiqa untuk aina dgn anis. ^^

    ReplyDelete
  8. sy prefer msk sendiri. puas ati. tawar ke masin ke...x de sapa nk komplen... ;)

    ReplyDelete
  9. p/s terima kasih krn sudi LIKE

    tp ada 2 syarat lg belum dipenuhi...emel dan URL blog nnt check ya..

    ReplyDelete
  10. Hehe Nad buka dekat u tak pernah sampai rm10. Jimat ke tak ehh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK