Skip to main content

Just Me

Semalam sempat juga aku ke Alamanda selepas habis waktu kerja 4.30p.m. Disebabkan en.suami dah berjanji akan membelikan perfume, kena beli lah kan..Kalau tak berbunyilah aku macam budak kecik ..bila nak beli ni, kata janji nak beli..

Aku memang suka perfume..wangi-wangian..sampaikan aku sembur juga perfume aku ke aina dan anis..Macam mana nak habis cepat..Anis memang ikut perangai aku..apa yang aku suka dia suka..lain sikit dengan aina..

kalau diikutkan macam-macam perfume yang aku beli sejak dari anak dara sampailah ada anak ni..Dulu aku pakai avon je.Lagipun kakak dealer avon..Suka yang butterfly..bau perfume ni memang sedap.Rasa cam nak terbang..

Bila dah kawen kita up sikit..Beli di kaunter Shopping Mall pula. Belilah di Parkson Alamanda. Sekarang ni dah jadi kawan pula dengan kakak Perfume..

Semalam nak beli yang perfume sama yang habis..Aku suka sangat bau ED Perfume 'Just Me Paris Hilton..Baunya sweet dan manis..Konon nak bau Paris hilton lah aku ni..

Perfume Just Me

Pinjam ye mr.google

Entah macam mana, terjatuh cinta pula dengan ED Perfume PH-Dazzle..Bau feminin,tidak terlalu menyengat dan bau fruity..Sebab dah berkenan, en.suami belikanlah..Thanks abang..

Perfume Dazzle

Jangan marah mr.google,pinjam picture ye..

Senyum lebarlah aku dapat perfume dari suami tersayang..Lepas ni aku kena sorok dari anis..kalau tak pantang nampak aku sembur perfume mesti diapun nak juga..







Comments

  1. hehe. comel je nak main sorok dr anis tu :)

    ReplyDelete
  2. part yg paling best , ada yg tlg bayarkan ...heeee

    ReplyDelete
  3. kalau dia sembur elok2 takper..jgn dicampak jer mcm irfan..hehe

    ReplyDelete
  4. Kita masih setia dengan Estee Lauder. Tapi Lovely by sarah jesicca pun ok..

    ReplyDelete
  5. Wangi eh? Nanti nak try cariklah. Mane la tahu terbekenan same. Keh3

    ReplyDelete
  6. Sep! sama la farah nie pn obses dengan perfume jugak..=D

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...

    bestnyer dapat hadiah minyak wangi daripada suami...

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak.. singgah sini dan follow.comellllnyeee sweeetnye suami akk ..hehe..papepon tahniah ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...