Frozen memang best..

Assalamualaikum...semoga sihat dan ceria selalu..kalau musim cuti sekolah aktiviti kami mesti bawa Aina dan Anis menonton wayang. Seperti biasa, kami berempat akan ke GSC 1 Utama..Dapatlah tiket menonton filem animasi dari Disney FROZEN..

Memang seronok menonton filem ini. Filem ini padat dengan komedi yang menghiburkan, pengembaraan dan muzikal. Terdapat pelbagai elemen perasaan seperti kegembiraan, kesedihan, kasih sayang, percaya mempercayai, kesabaran dan lawak. Filem ini mengisahkan pengembaraan Puteri Anna bersama Kristoff dan seekor rusa 'Sven' untuk mencari kakaknya, Puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir. Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negara Arrendell, kepada musim sejuk. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh mereka berdua dan kehadiran watak  'Olaf' ciptaan kakaknya memang melucukan..

Puteri Elsa dan Puteri Anna


Watak Olaf dan Sven

Tiket wayang untuk 4 orang..hehehe

Lagu "Let It Go"

Memang seronok sangat menonton 'Frozen'. Yang paling seronok bila aina dan anis ketawa bila ada part yang melucukan..terutama watak Olaf..cinema memang full house...Itupun dapat seat yang depan.Tapi yang penting kami terhibur...Tontonlah filem ni ye, sangat berbaloi..


~Azlea~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK