Skip to main content

Kenapa Bertangguh?

Assalamualaikum.. 
Adakah kita ni jenis orang yang suka bertangguh? 
Eee  malaslah, esoklah buat kerja ni;
Lambat lagi ni..sempat lagi, belum masuk solat lagi;
Esoklah telefon emak dan ayah;
Tunggu kaya dululah, bolehlah bersedekah;
Senang-senang nantilah datang melawat;
Nak dietlah eee..tunggulah;
Nak jogging pun bertangguh;
dan bermacam-macam lagi penangguhan.
Pernah tak apabila sampai je di office kita tergesa-gesa untuk menelefon 
emak dan ayah kita bertanya khabar dan menyatakan rindunya kepada mereka?
Mesti Pernahkan..So sweet...

Gambar google
Sifat suka bertangguh atau tabiat menunda sesuatu kerja,memang ada dalam diri kita.Apabila kita bertangguh sesuatu kerja, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibatnya kesihatan juga terganggu.Pastinya kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan,kerjaya,akademik,kesihatan,kewangan,ibadah dan sebagainya.
Cara mengatasinya : Buat senarai tugas 'TO DO LIST'; Kalau di Office agih-agihkan tugas; Just Do It iaitu jangan pedulikan orang lain; Senaman secara konsisten; Jaga Diet Pemakanan dan sentiasa bersemangat.

Akhir kata semoga kita berjaya buang sifat suka bertangguh yang sememangnya memang ada dalam diri kita.






Comments

  1. betul tuu, eiqa kdg2x pun suka tangguh 1 keje tu, last2x hahhh hambikk diri sendiri jugak yg susah. Eiqa pun tengah try nak cuba buang taboat tuu :(

    ReplyDelete
  2. Samelah kita eiqa.semoga kita success selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...