Skip to main content

MANDI LAUT DAN KOLAM

Percutian kali ini di teruskan ke Port Dickson pula. Mandi laut lah..Selagi tak sampai Port Dickson, selagi tu lah aina dan anis bising di dalam kereta.

Kali ini kami check in di Ancasa Residence Port Dickson. 

Berbeza sebelum ini biasanya kami  menginap di Tanjung Tuan Beach Resort if bercuti ke PD. Di sebabkan cuti sekolah dan lambat booking kami memilih Ancasa.

Sampai di PD, adik AB yang bongsu join sekali percutian keluarga ini pada hal keluarga mertuanya tinggal di Port Dickson. 

Bila lagi katanya..kita nak holiday dengan adik beradik serta mak abah. Inilah masanya.

If bercuti ke PD mesti ada kolam dan laut. Penat kita mandi kolam kita beralih ke laut pula.. Hilang stress bila dapat mandi air laut.

kolam

laut

Makan malam kami sekeluarga hanya di apartmen sahaja dan dihidangkan dengan steamboat, nasi dan barbeque ayam. 

Memang menyeronokkan bila dapat berkumpul dan bersama-sama merancang percutian akan datang..

Ke mana ? InsyaAllah kita ke Langkawi pula..

Comments

  1. hi, menarik entri ni.. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  2. lama da teringin nak pegi PD. bila lah agaknya dapat jejak kaki kat situ.. btw huda follow sini ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet