Skip to main content

TARIKAN DI LITTLE KINGDOM MALAYSIA

Assalamualaikum.. Hari pertama di tahun 2017 dan hari terakhir musim cuti sekolah  kami berempat ke Little Kingdom Malaysia yang terletak di aras 3, Maju Junction Mall Kuala Lumpur.

Little Kingdom merupakan Taman Tema Pendidikan (Endutainment Theme Park) yang pertama di Malaysia dan merupakan tarikan terbaru untuk kanak-kanak di mana mereka boleh mempelajari, menerokai dan memories sesuatu yang baru. 

So kami berkesempatan membawa anak-anak ke sini. Aina dan Anis teruja dan gembira. Sebelum masuk kami telah diberi wristband dan wristband ini akan scan masuk dan keluar.

Little Kingdom menyediakan beberapa bahagian iaitu:

a) Rides 
b) Academic Games
c) Personalized Interest Classes
d)Activities (Magical Mansion,Magical Dreamland,Magical Stage and Magical Castle)
e) Theme Cafes (Little Pinocchio Hut,Pirate Ship)
f) Merchandise (Photo Booth,Gifts )

Di bahagian Rides terdapat dua aktiviti iaitu Fantasy Drive and Amazon Ride. So kami terus daftarkan kelas Fantasy Drive iaitu  Driving School untuk Aina dan Anis .


Penuh semangat papa budak berdua ni mendengar penerangan daripada staf Little Kingdom.

Di Kelas Driving School nanti kanak-kanak akan diberi penerangan bagaimana memandu dengan betul ye. Nanti dah lulus boleh dapat licence driving daripada Little Kingdom. Itupun boleh ambil lesen lagi 2 minggu. So jumpa kita 2 minggu.


Masa memandu Anis mulut je bising.. Aina cool je..

Di bahagian Academic Games pula menyediakan permainan seperti Hero Magical Hunt,Maze Run, Brainy Play, Mysterious Mars and Mystical Forest. Aina dan Anis suka sangat di bahagian Brainy Play yang menguji kepintaran mereka. Parents pun boleh cuba tau..

Brainy Play


Di Little Kingdom menyediakan enam kelas iaitu Little Genie House, Little Alien Spaceship,Litlle Cinderella Ballroom,Little Alice Wonderland,Little T-Rex Kitchen and Little Beast Field. Setiap kelas telah dikhaskan pelbagai peringkat umur dari usia 3 tahun hinggalah 15 tahun.

Aina dan Anis daftar  3 kelas iaitu Little T-Rex Kitchen,Little Alice Wonderland (Art & Craft) and Little Alien Spaceship (Lego).

Kelas-kelas ini telah ditetapkan jadualnya ada yang jam 12.00pm,3.00pm dan 4.00pm.

Little T-Rex Kitchen.

Kanak-kanak diberi penerangan cara buat wafer. Faham ke idok. Entahlah..
Kemudian boleh lah kita hias cantik-cantik sebelum makan.


Little Alice Wonderland
Kelas Art & Craft


Kelas bermula 4.00pm. Masa ni ada seramai 4 orang pelajar yang masuk kelas ni.


Dah siap pun bunga. Senang je nak buat janji bahan  ada. Aina dan Anis pelajar yang terawal siap..

Ada lagi aktiviti di Bahagian Magical Stages seperti persembahan, clown show dan Mascot. Ada waktu-waktu tertentu. Persembahan memang menarik  dan mengasyikkan.



Sebelum balik sempat lagi bergambar dengan Mascot dan Masterchef yang mengajar cara-cara buat wafer.

So..sesiapa nak ke Little Kingdom bolehlah datang ke alamat ini untuk events 

* Birthday Parties
*Family Day
*Team Building
*School Trips

Little Kingdom Malaysia
Level 3,Parkson Maju Junction
Shopping Mall Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Tel:03-2202 8151

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat dan Ahad (10.00am-6.00pm)
Sabtu dan Public Holiday (10.00am-7.00pm)

SELAMAT TERHIBUR

Comments

  1. kira yg ni kecik sikit laa yek dari kidzania

    ReplyDelete
  2. nice share.. x taui pun wujud tempat ni.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...