Skip to main content

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT (PART 1)

Assalamualaikum..Seperti yang dijanjikan ini hari ke dua kami berada di Gambang Resort City. Kami telah pun merancang pagi itu akan ke Water Park dan sebelah petang dan malam akan ke Safari Park.

Bukit Gambang Water Park

Ada 3 tempat Water Park di sana iaitu Coco Beach,Penguin Island and Tree Top Hills Slides. Kami berada di sana selama 3 jam sahaja sebab sebelah petang akan ke Safari Park pula.

Antara gambar yang diambil:


Setelah penat Mandi dan berendam, makan dan balik ke bilik penginapan, sebelah petang kami ke Safari Park.

Safari Park
Wild Savannah

Perjalanan kami bermula di Wild Savannah yang berkeluasan 138 ekar.Kami telah menaiki tram yang berhawa dingin selama 30 minit dan tidak dibenarkan membuka tingkap untuk keselamatan. Antara binatang yang ada di Wild Savannah ialah Singa Putih,Badak Air,Burung Kasawari,Dubok Dan lain-lain.

Singa
Simba dan Mina. Abang long dan kakak kawasan.Tak hairan pun tengok manusia,tidur lagi best
Dah lah muka burok,malas cari Makanan,pencuri Makanan,sesuai namanya Dubok
Burung Kasawari

Sebenarnya banyak lagi binatang di Wild Savannah tapi itu je yang sempat di rakam dalam trem.Aina dan Anis teruja melihat binatang-binatang tersebut padahal ini kali kedua mereka ke sini.

Kemudian kami ke bangunan bertingkat- tingkat  ataupun di Simba Hill yang menempatkan binatang seperti monyet,burung,ular,beruang dan pelbagai spesis haiwan. Letih nak explore tempat ni. Alhamdulillah papa chenachenis minta kami pakai kasut sport..Janganlah nak pakai sandal tau..
 
 
Pada sebelah malam kami berpeluang menonton The African Yabara Fire Show dan TheTarsan Adventure Show.

Fire show ini bermula jam 7.45pm. Kami mengambil tempat awal,bersila di atas lantai je.

Selesai show api, kami terus ke dewan.Sepatutnya jam 8.15 pm. Tapi show bermula jam 8.30pm. Show Tarsan ini memang kelakar dan ada unsur stunt juga.Pelakon memang menghayati watak.dan beberapa ekor haiwan turuti menjayakan show ink.Berbaloi tunggu show ni.

Selesai menonton anis pun bising kepenatan.So sampai di sini dulu.Kita jumpa di next entry.


Comments

  1. wahhh best nyer... cuti2 sekolah penuh dgn aktiviti menarik ya... ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet