Assalamualaikum..semoga anda semua ceria dan manfaatkan hari minggu bersama orang yang tersayang..
Pernah tak kita terfikir kalau dulu hanya 3 barang sahaja yang akan dibawa ketika keluar.Antaranya dompet, kunci rumah,kunci kereta ataupun tas tangan.Zaman sudah pun berubah,kini telefon bimbit telah ditambah di dalam senarai tersebut dan menjadi satu keperluan dan amat penting di waktu kecemasan.
Pernah tak kita terfikir kalau dulu hanya 3 barang sahaja yang akan dibawa ketika keluar.Antaranya dompet, kunci rumah,kunci kereta ataupun tas tangan.Zaman sudah pun berubah,kini telefon bimbit telah ditambah di dalam senarai tersebut dan menjadi satu keperluan dan amat penting di waktu kecemasan.
Gangguan Emosi
Sama ada benar atau tidak, penggunaan telefon bimbit seperti telefon pintar telah mengakibatkan gangguan emosi seperti keresahan dan tidak boleh dipisahkan.Ke mana-mana sahaja pasti dengan telefon pintar.Tidak hairanlah sekarang di mana sahaja anda berada, di restoren, sambil menunggu seseorang, di dalam train pasti kita akan melihat sekumpulan manusia yang asyik bermain dengan telefon pintar tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Baru-baru ini kita telah dikejutkan apabila seorang remaja bertindak diluar batas manusia telah bertindak kejam menikam dan mengelar ibunya sampai mati kerana enggan membelikannya telefon pintar yang diminta. Itulah penangan telefon pintar kepada manusia.
Baru-baru ini kita telah dikejutkan apabila seorang remaja bertindak diluar batas manusia telah bertindak kejam menikam dan mengelar ibunya sampai mati kerana enggan membelikannya telefon pintar yang diminta. Itulah penangan telefon pintar kepada manusia.
Ketagihan
Seperti satu ketagihan, hari ini ramai di antara kita yang sentiasa mengemas kini status mereka di aplikasi sosial seperti facebook, instragram,whatsaApp,Wechat dan sebagainya. Sentiasa rasa perlu check in di mana sahaja dia berada dan aktiviti yang dilakukan seharian.
Selain itu, kegilaan mengambil gambar sendiri melalui telefon pintar yang menjadi sangat popular sepanjang tahun 2013 dan kini sehinggakan telah melahirkan Generasi Selfie. Ditambah sekarang, terdapat satu peralatan yang dipanggil monopod lagi menyenangkan pengguna untuk merakam gambar sendiri.
Kajian daripada Harvard Business School mendapati bahawa, 70% daripada responden mengakui akan memeriksa telefon pintar selepas bangun daripada tidur,56% akan memeriksa telefon pintar 30 minit sebelum masuk tidur,48% memeriksa untuk urusan kerja walaupun pada hujung minggu dan hari pelepasan am,51% mengakui memeriksa untuk urusan kerja walaupun bercuti dan 44% mengakui mengalami keresahan dan tidak keruan apabila telefon mereka hilang dan tidak diganti dengan cepat.
Daripada kajian di atas, adakah kita tergolong di dalam golongan tersebut?Kalau ya, sesuatu perlu dilakukan untuk menghadkan diri kita dalam penggunaan telefon pintar. Seperti hadkan penggunaan aplikasi telefon (facebook,whatsApp,Instagram..) mengikut waktu tertentu iaitu pada waktu makan dan rehat,hari cuti, dan setiap kali mengecas telefon.
Sekiranya kita berada di bilik mesyuarat dan kuliah, kita boleh gunakan profile senyap agar tidak menganggu kosentrasi kita.
Kemudahan Telefon Pintar
Tidak dinafikan, telefon pintar juga ada baiknya.Antaranya mudah menghantar emel,berkongsi maklumat terkini,mencari arah sesuatu tempat (GPS),mudah mencapai maklumat (Google,Dropbox,Cloud..),mudah mengambil gambar dan video dan dikonggsi bersama family dan teman dan memudahhkan kita berkomunikasi serta bberkongsi maklumat.
Akhir sekali, Jangan jadikan telefon pintar ini sebagai nyawa kita.Jadikan telefon pintar sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa dan bukan melalaikan.
Semoga informasi ini amat berguna kepada pembaca semua..
Selamat berhujung minggu dan senyum-senyum selalu..:) :)
Salam Sabtu AB..setuju sangat..itulah realiti sekrang. Handphoe bagaikan "nyawa". Tak dapat dipisahkan...tanpa sedar ia melalaikan kita kan..
ReplyDeletekena pantau selalu kalau nak bagi anak guna,..tak leh biar
ReplyDeleteSyukur kerana tidaklah punya telefon pintar tapi telefon yg ada sekarang ni pun penting dibawa kemana2 sahaja kerana sebagai jam dan penting diwaktu kecemasan.
ReplyDeletesekarang bukan setakat smart phone tapi tambah lagi dgn tablet ... dulu masa x de smartphone , kita masih blh buat kerja dan bersosial tapi dgn cara yg lebih relaks .
ReplyDeleteeiqa kadang2x leka pegang nfon jugak kak dalam lrt, hehee
ReplyDeletelepas tu trsedar..
okay, handphone kau dduk diam2x dalam handbag nie..
nasib mama tak ketagih sangat gadjet ni...
ReplyDeletemmg bahaya bila dah smpai tahap ketagih ni..
ReplyDeleteutk aku, xde la sampai tahap ketagih lg. selfie pun jarang.
ReplyDeleteada jugak ea sampai ketagih..telephone pintar ni mmg ada kelebihan dan kekurangan..
ReplyDeleteJangan sampai ke tahap ketagih... cukuplah sekadar untuk keperluan yang memang penting sj... :)
ReplyDelete