Skip to main content

Jamuan makan-makan dibuat awal..

Atas desakan kawan-kawan, hari sabtu yang lepas selepas maghrib, Azlea dan keluarga menjemput kawan-kawan datang ke rumah untuk jamuan makan-makan. 

Jamuan makan ini memang tak dirancang dan buat semuanya buat last minute(jam 4.30 p.m baru nak rancang). Dalam kepala memang buat ala kadar je. Sempat pergi kedai beli bahan basah nak masak mee goreng dan goreng nugget sahaja.Itu je yang sempat..Suprise beli kek di Secret Recipe.

Dah sampai rumah baru teringat tak beli pinggan kertas dan cawan kertas. Macam mana ni? Kebetulan pula air memang tiada pada hari itu. Hari ahad baru ada air. Guna je pinggan yang ada, kata En. Abang..Jadi, keluarlah semua pinggan dan gelas yang ada.

Alhamdulillah menu mee goreng (6 peket mee) siap dimasak dan nugget goreng.Menu air pula, air sunquick dibancuh oleh en.abang..memang sedap. Aina dan anis tukang sibuk..tanya itu..inilah..tak puas hati sebab kenapa masak mee banyak sangat?
Tiramisu kek
 Ni je mee yang tinggal
Kawan-kawan yang datang


Majlis selesai jam 11.00 mlm.Alhamdulillah..risau juga malam tu kalau makanan tak cukup. Sepatutnya majlis makan-makan ini diadakan pada 17 Mac 2014 sempena hari lahir azlea. Jadi dibuat lebih awal..

Terima kasih pada kawan-kawan semua yang mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebahagian kami sekeluarga, murah rezeki dan panjang umur. Semoga persahabatan kita berkekalan.











Comments

  1. hepi befday sis..sedapnyer kek..nyum..

    ReplyDelete
  2. happy belated bufday ! bestnyer buat makan2 ni..seronok gather dengan kawan2 kan..

    ReplyDelete
  3. wah kek.. mama teruja tengok kek.. suka kek sesangat..
    hepi besday dear..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jadi! semoga sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberkati. Selalunya program yg mengejut inilah yg happening dan best! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...