Syukur Alhamdulillah pejam celik pejam celik, kini kita berada di pertengahan Ramadhan. Sempena hari ini, hari Jumaat 26 Julai 2013, kita menyambut Nuzul Al-Quran.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1434H kepada seluruh umat Islam semua. Bersama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al- Quran iaitu turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'.
Semoga Allah memberkati dan merahmati amalan kita setiap hari..Amin..
Comments
Post a Comment