Skip to main content

ULANGKAJI PELAJARAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Tinggal sebulan setengah sahaja lagi Aina dan Anis akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah ujian lepas ada peningkatan dan kemajuan dari yang lepas. Cuma Anis mesti berusaha lebih,banyakkan latihan dan fahami soalan.

Sabtu lepas bermulalah sesi ulangkaji dan lakukan pembetulan bagi soalan yang salah. Boleh pula jawab soalan tu.Aina pula.."Mama soalan ni senanglah.kakak tak berhati-hati lah mama.Tahu pula kelemahan dia ye.

AB tak stress kan mereka berdua. Ada masa belajar dan ada masa mereka perlu bermain. Hak bermain adalah hak mereka. Jangan kita sekat naluri semula jadi ini kerana sebenarnya mereka sedang belajar dan berfikir.

Terkejut juga bila terbaca status facebook budak 7 tahun disahkan gila kerana kuat belajar dan menjadi viral.

Sedihnya..Mengapa sampai begitu sekali? Tak kasihan ke.. pada anak-anak. Otak mereka penat belajar di sekolah pagi dan petang dan sambung pula di rumah mengulang kaji pelajaran. Dan ada juga ibu bapa yang menghantar anak tuisyen sebelah malam pula.

Ibu bapa mana yang tak nak anaknya cemerlang dalam pelajaran. Tak adil bagi mereka jadikan mereka untuk memenuhi impian kita dan dipuji di mata masyarakt.

Bagi Aina dan Anis..Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Moga kalian cemerlang di dunia dan akhirat, baik budi bahasa,akhlak dan disayangi. Jangan lupa jaga solat dan sentiasa mengaji Al-Quran.

Comments

  1. hanya org yg tak de hati perut je buat anak2 belajar mcm org gila...

    btw, good luck aina & anis!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet