Mamak Cupcake

Assalamualaikum dan selamat petang...

Selesai main bowling (Ahad-31 Ogos 2014) ,kami menonton wayang filem Mamak Cupcake..Tiket memang dah beli awal-awal, terus kitorang masuk panggung.

kredit:google
Bagi aku filem ini sesuai lah ditonton bersama family,santai dan ada unsur-unsur komedi dan romantik.Memang kelakar bila Sahiezy Sam bercakap loghat mamak..Yelah tak kan nak bercakap bahasa melayu, padahal dalam filem ini, Mohamad Jamaludin(MJ) lakonan Sahiezy Sam telah dihantar oleh ayahnya ke India selama 10 tahun untuk belajar selok perniagaan Nasi Kandar.Manakala abangnya lakonan Azad belajar di USA yang meminati muzik hip hop.

Filem ini mengisahkan Mohamad Jamaludin (MJ) yang beketurunan Mamak mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang berbeza di mana beliau amat meminati pembuatan cupcake.Malangnya hasrat dan cita-cita terhalang kerana bapanya mahu MJ mewarisi perniagaan Nasi Kandar.

Sehinggalah beliau telah berjumpa dengan Juliana lakonan Siti Saleha semasa hari pendaftaran pertandingan cupcake yang mengembalikan semangatnya dan mendapat sokongan daripada Kak Teh yang juga mentornya.Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa dihadapi oleh MJ sehinggalah MJ disingkirkan daripada pertandingan..

Kenapa dan nak tahu kesudahan samaada MJ memilih cupcake atau nasi kandar,korang tengoklah filem ini..Memang terhibur..

Aina dan anis suka sangat bila MJ cakap "OLOHHHH"...

Berapa bintang: 4 bintang





Comments

  1. Setakat ni baru 2 komen dari blog pasal mamak cupcake. Hihi. Kalau betul2 best baru nak tengok.

    ReplyDelete
  2. Mcm menarik juga cerita ni.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. ramai ckp cerita ni best..kena tgk gak ni ;)

    ReplyDelete
  4. Promosi kat tv pun nampak macam best jer... berapa bintang?

    ReplyDelete
  5. Olohhh. Haha. Mesti best cite tu kan. Nice review kak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK