Skip to main content

Jangan Suka Menabur Janji

Ramai orang berjanji.Ramai juga yang memungkiri janji.Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana. Janji..memang mudah untuk diucapkan, tetapi melaksanakan bukannya mudah. Dari itu janganlah suka menabur janji kerana didorong rasa gembira  dan memberi harapan yang tinggi, kerana akan ada hati yang akan kecewa dan terluka sekiranya tidak dipenuhi.

Ada juga di antara  ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak.Mungkin bila berjanji dengan anak-anak dapat menenangkan perasaan hati anak-anak. Gembiralah hati si anak bila mendengar janji dari ibu bapanya. Apabila masa yang ditunggu telah tiba, menagih simpatilah anak-anak. Tapi janji tinggal janji.Kecewa dan sedih hati anak-anak apabila yang dijanjikan tidak ditunaikan.

Jauhilah sikap suka berjanji kosong, kalau tidak mampu ditunaikan. Kerana ingatan anak-anak lebih tajam dan kuat dan akan ingat sampai bila-bila berbanding orang dewasa.

Itu janji dengan anak-anak.Bagi pasangan yang bercinta.Janji kekasih kepada kekasihnya sebelum bernikah.Biasalah adat bercinta,tak sah kalau tak berjanji dengan janji manis, janji tak lekang dimulut.Saya janji...saya janji..Begitu juga janji suami kepada isterinya. Bila si suami sekali berjanji dengan si isteri, akan tuntut sampai bila-bila..Janji masa kawan,janji masa berkahwin semuanya tersimpan rapi dalam memori..

Adalah berdosa, jika janji dimungkiri, kerana ianya tergolong dalam ciri-ciri orang munafik. Oleh itu janganlah suka berjanji. Tak kira kawan kita, ibu bapa, suami isteri, anak-anak, boss kepada stafnya,adik beradik, saudara mara dan lain-lain..



Comments

  1. nak mengatakan janji itu mudah, tapi nak tunaikan janji itu kadang2 susah. maka berfikir sebelum berjanji. :)

    ReplyDelete
  2. Kdg2 ada org yg dah biasa berjanji tapi ta ditepati.. janji ibarat tak ada apa buatnya hmmm....

    ReplyDelete
  3. elak berjanji klu kita tak tahu sama ada dpt tunaikan ke idak ...

    ReplyDelete
  4. kita ni da la x byk pahala. berjanji itu ini kalu x tunaikan, sm mcm burn pahala gitu2 je

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum....

    wah... tak berjanji , takut memungkiri janji...

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Orang yang pandai janji tapi tak pandai tunai ni memang spesis tak boleh buat kawan.

    ReplyDelete
  7. Jangan berjanji jika kita tak mampu tunaikan..ingatan untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  8. ada jenis manusia yg mmg suka berjanji...tapi janji kosong jer...

    ReplyDelete
  9. Paling takut 'janji melayu'. Kosong semata-mata.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...