Skip to main content

Untungnya anak sekarang

Pejam celik kita dah nak ke penghujung 2014. Cepatnya masa berlalu. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah tentu sibuk menyediakan segala persiapan dan kelengkapan sekolah anak untuk tahun 2015. Bila dah naik sekolah tahun baru, mesti nak baju baru,beg baru,kasut baru,stoking baru,botol air baru dan alatan tulis yang lain. Semuanya nak serba baru.Belum lagi persiapan sekolah petang.

Zaman sekarang semuanya mahal belaka. Dapat yang murah pun mesti tak tahan lama dan cepat koyak.Tak sampai setengah tahun mesti ada yang berganti baru. Tak macam dulu. Tahan lama dan berkualiti. Macam kasut boleh pakai sampai akhir tahun. Beg boleh pakai sampai darjah 6.Itu dulu lah, sekarang lain.

Untungnya anak-anak sekarang.Apa yang diminta pasti dapat. Anak-anak sekarang memang demand. Nak yang beg macamni.Tak nak camni..Nak beg yang ada roda..Haish..Dari satu kedai ke kedai lain memilih beg. Macam-macam design beg yang cantik.Rambang mata. 

Apa yang penting berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing dan jika masih elok dan boleh dipakai tak perlulah diganti. Belilah hujung tahun sebab selalunya hujung tahun banyak promosi berbanding pertengahan tahun. 

Persiapan sekolah aina dan anis tahun ini, alhamdulillah dah siap. Disebabkan baju sekolah aina masih elok, kami hanya membeli dua helai baju kurung dan kain,dua pasang kasut , beg beserta dengan stationeries. Untuk anis hanya sepasang kasut, stationeris dan beg baru untuknya. Jumlah keseluruhan RM400.00++

Itu untuk 2 orang. Yang ada anak 3 & 4 orang mesti lagi mahalkan..









Comments

  1. Haah la kak, barang sekarang mahal tapi tak berkualiti..

    ReplyDelete
  2. Pd pandangan sy laa seharusnya dr kecik kita boleh ajr agr x demand...bljr menghargai.. insya allah mrk akn syg brg2 mrk..

    ReplyDelete
  3. barang sekarang memang diakui mahal...tapi kita sebagai ibubapa, kena bijak berbelanja...dalam memenuhi permintaan mereka, kita boleh juga mendidik mereka agar menghargai pemberian dan berjimat cermat...^_^

    ReplyDelete
  4. kena pandai survey harga sebab kadang2 ada yang ambil kesempatan kan.

    ReplyDelete
  5. Anak2 untung tapi mak bapak yang tak untung...huhu. Lakukan yg terbaik yg termampu...

    ReplyDelete
  6. Tahun ni ke4 empat anak saya sekolah huhu.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...