Skip to main content

Jom buat Fruit Infused Water

Assalamualaikun dan salam jumaat semua..


Rasanya uolls semua pasti tahu tentang Fruit Infused Water (FIW). Fruit Infused Water adalah campuran air putih atau kosong, tanpa bahan perasa dengan buah-buahan, daun herba dan dibiarkan di dalam peti sejuk  selama beberapa jam.

FIW amat bagus untuk kesihatan kita sebabnya khasiat dari buah-buahan campuran ada dalam air tersebut.  Badan kita memang memerlukan 2 liter air setiap hari. Daripada minum air bergula setiap hari, jom buat FIW. 

Fruit Infused Water

Ini dia My Fruit Infused Water. Campuran buah oren, strawberry dan pudina. Memang menyegarkan. Selalunya buat campuran oren dan lemon. Disebabkan lemon dah habis, dan ada lebihan strawberry, terhasillah seperti gambar di atas.

Macam-macam resepi dan kombinasi campuran buah-buahan yang boleh kita buat. Kita juga boleh buat daripada buah-buahan lain seperti nenas,timun,tembikai susu,halia, serai,kulit kayu manis dan buah yang uolls suka.

Bila nak minum ? Boleh minum sepanjang hari pun.Tak semestinya bangun pagi, minum FIW.At least kena rajin buat FWI ni. Boleh guna bekas botol air yang ada di rumah. Mudah kan..

Kelebihan minum FIW:
  1. Sihat, perut kempis
  2. Kulit cantik
  3. Sebagai detoks kerana menyingkir racun dalam badan
  4. Membantu kurangkan berat badan. (Selalulah buat untuk dapatkan hasilnya)
  5. Kurangkan letih
  6. Elak dehidrasi
  7. Tingkatkan mood positif
  8. Tingkatkan tahap metabolisme badan

Pada siapa yang nak dapatkan resepi lain, google je. Memang banyak resepi FWI di internet.

Selamat mencuba..











Comments

  1. weh bagus sekali enak ya itu

    ReplyDelete
  2. banyak kali dah jumpa orang buat benda ni... tapi tak pernah sempat nak buat sendiri

    ReplyDelete
  3. Bagus n.. boleh juga buat nanti.. sihat & menjimatkan juga kan..

    ReplyDelete
  4. seronok nak minum kalau ada macam2 jenis buah2an kan :)

    ReplyDelete
  5. sy da buat tp jenis perut kureng sesuai... cpt sgt skt perutnya tu...aduiiii

    ReplyDelete
  6. rajinnya..itu hari noe ada buat...tapi lemon je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...