Assalamualaikun dan salam jumaat semua..
Rasanya uolls semua pasti tahu tentang Fruit Infused Water (FIW). Fruit Infused Water adalah campuran air putih atau kosong, tanpa bahan perasa dengan buah-buahan, daun herba dan dibiarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
FIW amat bagus untuk kesihatan kita sebabnya khasiat dari buah-buahan campuran ada dalam air tersebut. Badan kita memang memerlukan 2 liter air setiap hari. Daripada minum air bergula setiap hari, jom buat FIW.
Ini dia My Fruit Infused Water. Campuran buah oren, strawberry dan pudina. Memang menyegarkan. Selalunya buat campuran oren dan lemon. Disebabkan lemon dah habis, dan ada lebihan strawberry, terhasillah seperti gambar di atas.
Macam-macam resepi dan kombinasi campuran buah-buahan yang boleh kita buat. Kita juga boleh buat daripada buah-buahan lain seperti nenas,timun,tembikai susu,halia, serai,kulit kayu manis dan buah yang uolls suka.
Bila nak minum ? Boleh minum sepanjang hari pun.Tak semestinya bangun pagi, minum FIW.At least kena rajin buat FWI ni. Boleh guna bekas botol air yang ada di rumah. Mudah kan..
Kelebihan minum FIW:
- Sihat, perut kempis
- Kulit cantik
- Sebagai detoks kerana menyingkir racun dalam badan
- Membantu kurangkan berat badan. (Selalulah buat untuk dapatkan hasilnya)
- Kurangkan letih
- Elak dehidrasi
- Tingkatkan mood positif
- Tingkatkan tahap metabolisme badan
Pada siapa yang nak dapatkan resepi lain, google je. Memang banyak resepi FWI di internet.
Selamat mencuba..
weh bagus sekali enak ya itu
ReplyDeletebanyak kali dah jumpa orang buat benda ni... tapi tak pernah sempat nak buat sendiri
ReplyDeleteBagus n.. boleh juga buat nanti.. sihat & menjimatkan juga kan..
ReplyDeleteseronok nak minum kalau ada macam2 jenis buah2an kan :)
ReplyDeletesy da buat tp jenis perut kureng sesuai... cpt sgt skt perutnya tu...aduiiii
ReplyDeletebelum sempat buat lagi.. ok tak?
ReplyDeleterajinnya..itu hari noe ada buat...tapi lemon je...
ReplyDelete