Singgah sebentar Strawberry Leisure Farm di Genting Highlands

Assalamualaikum semua..


Dalam perjalanan balik dari Terengganu ke rumah, kami singgah sekejap di Genting Strawberry Leisure Farm di Gohtong Jaya. Ini pun sebab aku beria-ia nak beli strawberry yang segar bugar. Kali terakhir ke sini 2 tahun lepas masa aina 5 tahun. Lama kan.Padahal nak ke Genting perjalanan tak lah jauh. Hanya mengambil masa 20 minit je dari rumah. Sebab dekat sangatlah kami jarang ke Genting Highlands. 

Sampai je di pintu masuk Strawberry Farm.Eehhh..dan kena bayar. Dewasa RM8.00 dan kanak-kanak RM5.00. Masuk jugalah.Walaupun hati ini bengkak dan geram. Jumlah RM26.00. Papa aina dan anis memang tak puas hati. Tanya lah dengan pekerja di situ.Bayaran bermula bulan lepas. Nak petik strawberry pun boleh.Harganya 100gm RM8.00.Tak nak pun tak pe. Boleh beli depan masuk ladang strawberry. 

Strawberry Farm Genting Highlands

Macam-macam ada di Genting Strawbery Leisure Farm. Ada Lavender Farm,Ladang cendawan,kedai dan cendermata. Bersakanlah aina dan anis jadi model di Lavender Farm.
Strawberry Farm Genting Highlands

Strawberry Farm Genting Highlands

Strawberry Farm Genting Highlands


Dah keluar dari ladang strawberry, baru perasan tak snap buah strawberry lagsung. So tak ada lah gambar strawberry ye..

Dalam kereta nak balik ke Batang Kali, aina bertanya kepada papanya : Papa tak takut naik kereta kabel kan?? Jawab papa aina :Mana pula papa takut.Aina : Boleh lah kita naik lagi kereta kabel kan.Gelak sakan lah kami 3 beranak..


Comments

  1. hihuhihi have fun kak azleaaaa~~~
    ehehehe

    ReplyDelete
  2. rindunya nak jalan jalan cameron...last pergi bulan 3 haritu..nk shopping strawberry..hii

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak gi Cameron...agak-agaknya jalan dia dah ok ke..he..he

    ReplyDelete
  4. Lavender tu cantik lah... Seronok juga dpt petik2 strawberry eh... :)

    ReplyDelete
  5. seronoknya dekat dgn rumah. hehe. saya tak pernah sampai lg.

    ReplyDelete
  6. Tak sangka Genting pun ada strawberry farm, ingat Cameron je.

    ReplyDelete
  7. oh, harga tu naik lagi ke? aritu rs nyer lg murah...murah sket laa

    ReplyDelete
  8. bes dapat petik strawberry...mahal gak nk masuk situ yer....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK