Skip to main content

Suka Makan Pisang




Kami sekeluarga suka makan buah pisang. Beli sesisir sekejap je dah licin. Sedap dan mengenyangkan.

Macam-macam resepi yang boleh kita buat dengan buah pisang ni.Boleh buat jemput-jemput pisang, pisang goreng,lepat pisang,kerepek,kek pisang,gulai pisang,banana split, banana smoothie dan yang terbaru pisang goreng cheese yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Banyak sebenarnya khasiat makan pisang. Antaranya bagus untuk sistem penghadaman dan pencernaan terutamanya yang mengalami sembelit. Makanlah pisang untuk perut yang sihat.

Pisang memberi tenaga kerana mengandungi gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. That's why atlet sukan suka makan pisang untuk memberi tenaga dan menghilangkan kepenatan.

Teringat dulu semasa aina mewakili selangor dalam bola jaring peringkat kebangsaan 2013, habis je satu-satu perlawanan jurulatih cepat-cepat beri makan pisang.

Pisang mengandungi pottasium yang dapat membantu menormalkan degupan jantung,menghantar oksigen ke otak dan mengimbangi air dalam tubuh. Oleh itu pisang mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak.

Apabila kita stress, kadar metabolisme kita akan naik dan kadar pottasium akan turun. Ianya boleh diimbangi dengan makan pisang yang tinggi pottasium. Sesiapa yang stress tempat kerja tu bolehlah makan pisang ye.

Selain itu pisang juga bagus untuk kesihatan jantung, mata,tulang, mencegah kenser buah pinggang,kecantikan kulit,anemia,rasa mual dan sindrom PMS.

Tapi ada juga yang tak suka makan pisang..kenapa ye??


























Comments

  1. suka jg. plg suka pisang 40 hari. kalu beri setandan mmg habis laa mkn sorg2. dulu penah try tanam pokok pisang ni. tp x menjadi..tangan panas kot ;-)

    ReplyDelete
  2. niesa suka makan pisang yg kecik tu je..hikhik..

    ReplyDelete
  3. Samalah kita.. satu keluarga mmg suka makan pisang. Slalu singgah gerai jual pisang.. kejap je dah licin kat rumah.. :D

    ReplyDelete
  4. Kita suka makan goreng pisang nagka..rasa dia sedap...

    ReplyDelete
  5. bagus la.. pisang mmg banyak khasiatnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet