Daging Goreng Kunyit sedapnya


Inilah resepi paling mudah dan ringkas..Sedap dan menyelerakan bila makan dengan nasi panas dan ditambah dengan telur asin dan ulam kacang panjang..perghhh..


Bahan-bahannya;

1/2 kg daging yang dipotong kecil
Sedikit kunyit
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Sekeping asam 
1 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 inci halia
1 biji bawang putih 
1 biji cili besar 

Cara memasak;

  1. Gaul daging yang sudah dipotong bersama kunyit,garam,gula dan asam keping.Perapkan daging tersebut.
  2. Panaskan minyak dan goreng daging tersebut.Masukkan air sedikit.
  3. Bila daging dah lembut, masukkan bawang besar,halia dan bawang putih. Rasakan samada cukup garam dan gula.
  4. Kacau daging, masukkan cili besar yang sudah dihiris. Boleh juga masukkan kacang panjang kalau suka.
  5. Tutup api, dan hidangkan..
Mudahkan.. Selamat Mencuba.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK