Skip to main content

Annual Dinner and Weekend Outing (BGRC)

Hari ni baru dapat update blog dan jengah blog rakan-rakan yang lain. Ye lah, habis je balik dari Gambang ahad lepas, esoknya dah masuk kerja dan seharian busy meguruskan pendaftaran pelajar baru..fuh..penat..tak nak cerita pasal kerja..hanya kongsikan sepanjang berada di Bukit Gambang Resort City (BGRC)..

17/1/2014 (Jumaat)

Azlea telah dijemput untuk menghadiri Sentoria Annual Dinner and Weekend Outing di BGRC selama 3D 2N (17-19/1/2014) untuk menghargai staf Sentoria Group Berhad.Pakej ini ditaja oleh Sentoria..Wow..best kan..boleh bawa ahli family lain..Kami sampai lewat juga di BGRC..check in jam 3.00pm..dan menginap di Arabian Bay Resort..memang dah pilih Family Suite (Bilik 2, katil 4).
Breakfast untuk 2 hari, Water Park,Safari Park dan Outdoor Riders
Arabian-Family Suite 

Apalagi pantang nampak kolam..mandilah..macamlah tak pernah jumpa air..

Boleh buat istana pasirlah anis..
Kesejukan..berendam lama dalam air..
18/1/2014 (Sabtu)

Dah terpacak kat pintu gerbang Water Park sebelum jam 9.30am..keluar 1.30pm..melayan karenah aina dan anis..
Kena tahan oleh Photographer..bergambar dulu..Sekeping RM30.00, 2 keping RM50.00..
Nanti jap mama..anis belum ready lagi..ishh..lambatlah..mama dah snap ye..
Order set nasi ayam dan set nasi beriani ..memasing dah kelaparan..

Lepas makan terjun lagi kat kolam "Penguin island".Sampaikan mama dan papa nak cuba Tree Top Hill pun tak sempat..huhu..tak pe tahun depan giliran mama dan papa ye..
Annual Dinner- Tema "An Evening of Oscar"
Nampak ke malam tu (ada yang bertanya), Sakit mata lah...
Malam Annual Dinner tak banyak sangat gambar..10 jenis makanan ..semuanya Chinese Food..Dah makan..eh tak snap gambar makananlah..sorry..Aina dan Anis tengok je..sebab sebelum masuk kanak-kanak dah diberi makan dulu..jadi tak meragamlah diorang..
Aina dan Anis nak belon-belon tu..
Malam Dinner memang meriah..biasalah mesti ada show, pertandingan dress cantik (individu dan family)..kami memang dah terkeluar dari tema..pakai je baju yang ada..Yang penting antara yang bertuah dapat lucky draw (Panasonic Iron Steam)..hehehe..Dinner selesai jam 11.00pm..

19/1/2014
Safari Park


Nak ke check point Safari Park boleh naik Tram ataupun jalan kaki sejauh 2 km..Berjalanlah kami 4 beranak..Dari atas boleh nampak pemandangan Water Park..memang cantik.. Sampai di check point..kami naik tram dan ada pemandu pelancong..

White Lion Bunker.Pertama kali dapat snap dari dekat..depan tu cermin..

3.00pm ada animal show..tak jadi nak tengok show..rasa nak balik awal walaupun check out dibenarkan sampai 5.00pm..Balik resort dan kemas barang, check out 2.30pm..Ini saja untuk tatapan semua..

Selamat tinggal BGRC, tahun depan kami datang lagi..InsyaAllah..

~Azlea~

Comments

  1. seronoknye...lion tuh lain dari yg lain laa..hehe..mcm betina je tuh

    ReplyDelete
  2. wahhh!seronok gila kak..untung kan dpt bercuti nih..isy..niesa pn teringin gak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..next year..itupun banyak tempat tak pergi..outdoor pun akak tak pergi...

      Delete
  3. bestnye.. pegi jln ngn anak2.. mmg happening..

    ReplyDelete
  4. Salam kak..boleh ke nak praktikal kat Sentoria?

    ReplyDelete
  5. Salam kak..boleh ke nak praktikal kat Sentoria?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet