Skip to main content

Jalan-Jalan Naik Komuter

Jalan-jalan naik komuter. Aktiviti kami 4 beranak di Tahun Baru Cina. Perjalanan bermula dari Stesen Komuter Batang Kali,Rawang ke KL Sentral. Harga tambang sehala untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM14.80. 

Hari yang paling seronok buat Aina dan Anis .Dapat juga merasai pengalaman naik KTM komuter. Tak ada lah aina dan anis melopong bila cikgu bertanya pernah naik komuter atau tidak nanti? Ye tak..Bertolak dari Stesen Batang Kali 11.30 a.m

KTM Komuter

Dah namanya cuti umum..faham-fahamlah mesti ramai yang akan naik komuter dan tentulah warga asing yang akan memenuhi komuter especially from bangladesh,nepal,indonesia,myanmar dll. Masa cuti umum ni lah mereka akan keluar beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur. Rasa macam bukan berada di Malaysia. 

KTM Komuter

Sampai di Rawang kami perlu tukar train untuk ke KL Sentral. So lega sebabnya dapatlah kami duduk.Train ke KL Sentral lagi luas,selesa, cantik , berwajah baru dan lengkap dengan CCTV. Apa lagi sesi bergambar ye..

KTM Komuter

KTM Komuter

Tiba di KL Sentral jam 12.45pm. Perut pun berkeroncong. Oleh itu kami terus cari tempat makan.Jumpalah Restoren  Swiss Oven. Order Lamb Pilaf dan Chicken Pilaf dan seperti biasa  "pinggan 2 ye"..

KTM Komuter

KTM Komuter
Nasi Pilaf
KTM Komuter
Chicken Pilaf
KTM Komuter
Sedapnya anis..

Ok. Next destination..kami ke NU Sentral Mall.Masuk Parkson, berkenan dengan Beg Travel Kids..Tapi ya ampun..Lupakan saja..Ada lagi yang murah dan harga yang berbaloi.

KTM Komuter

Penat berjalan, sebelum balik..kami singgah makan di Big Apple Donut..Yum..yum..Makan lagi..Harga 6pcs donut RM13.50 plus air mineral RM2.50. Jumlah RM16.00.

KTM Komuter

Tiba di rumah pukul 5.45pm. Tamatlah ekspidisi naik komuter aina dan anis.Selepas ini kita naik apa ye>>>>>>LRT,Monorail,ERL>>>>KLIA ke KLIA2 >>>>>>>>>> MRT..


Comments

  1. Mesti excited dua puteri cilik ni naik komuter kan,... :)

    ReplyDelete
  2. Waktu cuti paling seronok berjln2 sekeluarga.. Pengalaman yg sgt bagus buat anak2 & seisi keluarga... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...