MENGENAL SEJARAH:MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU & MUZIUM SENI KRAFT ORANG ASLI

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU

Destinasi kami berempat seterusnya ke Muzium Etnologi Dunia Melayu. Di sini kita dapat mengenal sejarah,seni kraft,teknologi,kebudayaan, alatan muzik,tarian ,pakaian tradisional,alatan permainan dan alatan dapur semasa kegemilangan masyarakat Melayu.

Pelbagai jenis senjata seperti keris dipamerkan dan setiap keris mempunyai identiti dan ukiran tersendiri.Ada keris panjang dan pendek.

Kami tertarik di satu sudut terdapat busana perkahwinan dan hiasan seperti cucuk sanggul,sikat,caping,hiasan kaki dan penyangkut kelambu. Memang menarik dan betapa kreatifnya masyarakat Melayu ketika itu.Begitu seni,teliti dan berkemahiran tinggi.

Seronok sangat berada di Muzium ini,sejuk tau..Ada bau muzium pula tu..kalau boleh nak berlama-lama di sini..

link:


Antara gambar yang diambil:

Muzium Negara

Muzium
Pelbagai jenis keris


Muzium Negara
Pelamin dan pakaian pasangan Raja Sehari..sama je pakaian perkahwinan mak dan abah
Muzium Negara

Muzium Negara
Tembaga
Muzium Negara
Congkak ..besarnya..
Muzium Negara
Congkak Sampan

MUZIUM SENI KRAFT ORANG ASLI

Hampir sejak kami berada di sini banyak input dan maklumat yang kami perolehi.Kemudian kami bergerak ke Muzium Seni Kraft Orang Asli yang berdekatan.Kami telah di minta oleh petugas Muzium untuk meninggalkan nama di buku pelawat.

Muzium ini tidaklah sebesar Muzium Etnologi Dunia Melayu,tetapi banyak input yang boleh kita dapat berkenaan kehidupan dan budaya orang asli.

Orang Asli adalah masyarakat pribumi yang mendiami kawasan pinggir kampung,pekan,bandar kecil dan pedalaman Semenanjung Malaysia.

Orang asli terbahagi kepada kelompok Negrito,Senoi dan Melayu Proto.

Di satu sudut pula  terdapat tayangan video untuk pelawat berkenaan cara hidup orang asli..Memang menarik..






Banyak yang kami belajar sejarah pada hari itu.Anis pula asyik membuat catatan apa yang dapat dipelajari hari itu dan Aina seperti berminat dengan sejarah..

Sekian..Jumpa lagi di Muzim yang lain.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK