Alhamdulillah mak semakin sihat

Assalamualaikum semua..Setelah beberapa hari menyepi, baru hari ini dapat menjenguk blog di pagi Jumaat yang indah.Alhamdulillah mak semakin beransur pulih dari sakitnya. 

Rasa pilu yang amat sangat bila mak dimasukkan ke wad akibat menahan kesakitan gout yang amat sangat dan penyakit lain . Terima kasih pada suami yang tercinta memahami dan membenarkan aku menjaga mak sepanjang mak di wad. Semoga mak cepat sembuh seperti sedia kala.

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah 1436H kepada seluruh umat Islam. Kita akan bertemu 1 Muharram pada 25 October 2014.Cepat benar masa berlalu. Pejam celik dah masuk tahun baru bermakna bertambahlah usia kita. 

Semoga kita semua berazam untuk membuat perubahan kearah kehidupan yang lebih baik dan segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.





Comments

  1. Alhamdulillah...salam maal hijrah kak!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...semoga kembali sembuh spt sedia kala amiiinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & terima kasih doakan mak akak sembuh anies.

      Delete
  3. Salam Maal Hijrah buat AB sekeluarga. Semoga mak AB cepat pulih sepenuhnya & sihat spt biasa.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah AB...Semoga ibu AB segera sembuh...

    ReplyDelete
  5. moga mak akak cepat sembuh.
    salam maal hijrah :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. semoga mak cepat pulih seperti sediakala.. salam maal hijrah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK