KABINET DAPUR IDAMAN

Assalamualaikum,

Bila dapat tahu yang rumah yang dibeli boleh di diami penghujung tahun ini, rasa teruja sangat..Alhamdulillah..dan sekarang ini tengah merancang langkah seterusnya sebelum masuk rumah.. yang pertama mestilah nak buat renovation .. Itu pun bergantung kepada bajet ..yang kedua Kabinet Dapur.. ni memang tak lari, semua wanita mengimpikan ruang dapur yang dilengkapi kabinet dan peralatan asas lain..

Pilihan kabinet dapur nanti tentulah berkonsepkan moden dan pilihan warna yang terang.Seperti gambar di bawah.Memang berkenan dengan kombinasi warna dapur merah jambu,hijau dan oren. lagi kontra warna kabinet lagi nampak moden,ceria dan bertenaga.Tapi suka lagi warna merah jambu dan hijau.

Kitchen kabinet
mesti rajin memasak lepas ni..jangan malas.. dapur dah cantik, mood pun ada.asyik dok kat dapur lah selepas ini..Kaunter pulau pun cantik..
Kitchen Kabinet
macam-macam warna ada..senang je bila suruh anak tolong ambilkan barang..
Kitchen Kabinet
rasa tenang gabungan hijau dan coklat, ringkas dan nampak selesa
Kitchen Kabinet
Sweetnya...lembut..
Sekarang banyak majalah-majalah dan sumber internet yang boleh dijadikan bahan rujukan, idea dan tip memilih kabinet dapur yang sesuai dengan keluasan dapur kita.Itupun bergantung kepada bajet dan jenis dapur yang kita ingini sama ada klasikal, moden ataupun kontemporari..

Sebelum membuat keputusan pemilihan dapur, pastikan kita membuat survey reka bentuk,perkhidmatan,peralatan dan gajet dapur,pemilihan warna dan material, hiasan,keselamatan dapur dan harga dari pereka . Wajah dapur yang cantik bukan sahaja boleh digunakan sehari-hari sebagai tempat memasak yang selesa dan tidak hairanlah sekarang banyak pereka akan menampilkan kaunter bar di ruang dapur sebagai medium interaksi.



Comments

  1. wahhh.. tanteknya.... mesti mahal gak tu..

    ReplyDelete
  2. gabungan hijau coklat tue paling cantik :)

    ReplyDelete
  3. kalau dapur mcm tu,mau tertidur kat dapur pn tak kisah ! hehe

    ReplyDelete
  4. Kita suka no 3 AB..tapi mungkin bukan hijau kot..merah ke..warna favorite tu..

    ReplyDelete
  5. Suka yang no 3 dan 4... tapi x tau bila nak dapat dapur camni... ^__^

    ReplyDelete
  6. suka yg 1st sekali..pergghh!mmg rajin la kalau dapur cm gitu..

    ReplyDelete
  7. Saya dulu mula2 dapat rumah pun teruja macam anda. Segala benda dan buat dan renovate...cuma ongkosnya saja terhad. Maka perlu bijak memilih yg berpatutan tapi puas hati. Biar cerewet memilih tapi alah memakai dan berpadanan harganya.

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat dapur luas lengkap kabinet cantik sebegini memang rajin duduk dapurlah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK