BBQ BERSAMA FAMILY

Plan untuk ber BBQ bersama family memang dah lama kami berdua rancang.Tapi...masa dan date tidak mengizinkan kami.Bukan senang untuk mengumpul ke semua adik beradik bersama untuk merialisasikan rancangan ini.

Alhamdulillah  pada 10 September 2016, segalanya berjalan dengan lancar.Walaupun ada yang tiada dalam majlis itu, namun cukup meriah . Kami kongsi rezeki bersama-sama.

Memang seronok bila kita dapat gathering bersama family.Dapat berborak dan berkumpul bersama-sama dan eratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.Lagipun ini first time kami buat barbeque setelah setahun berpindah ke rumah baru.

Bahan-bahan yang di bakar malam itu .Ayam dan ikan kami beli di Econsave sahaja. Kambing perap sebanyak 5 bekas kami minta adik belikan.Banyak tau...walaupun nampak macam tak cukup.


Tempat pembakar tu dah lama sangat kami beli. Bayangkan 5 tahun lepas simpan dan masih baru lagi. Tahun 2016 baru kami guna.Walaupun tempat membakar tak sebesar mana pun. Cukuplah hidangan untuk family kami. 

Masa ni kambing belum sampai. Kita bakar dulu ikan dan ayam. Kalau ikut plan asal kami nak masak steamboat tapi tak jadi. So... kami guna lah steambot untuk bakar ikan. Konon-konon nak cepat masah.Emmm.. Tak berapa nak masak. After this jangan  guna steamboat nak bakar ikan..Udang dan sotong boleh ye..

Barbeque

Masa untuk makan..Nasi goreng dan sayur steam pun ada..nyum..nyum..

Selesai je makan semuanya bersandar kekenyangan..Terima kasih ya Allah atas rezeki ini. Moga kasih sayang antara kami tetap utuh dan kuat sampai bila-bila.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK