Skip to main content

Jumpa kazen..tapi..

Assalamualaikum..

Aina dan anis dengan kazen sebelah papanya.Dah lah jarang balik kampung, bila dah jumpa ni lah jadinya.Busy mengalahkan mak bapak masing-masing..


Bukan main seronok bila Mak su diorang bagi pinjam SPhone.Macam-macam game ada. Sampailah sekarang anis beria-ia minta belikan tab untuknya..Alasan yang diberi phone mama kecik dan tak ada game.Nak yang macam mak su..Besar..

Kalau besar maknanya harga nya lagi mahal kan.Memang nak belikan tab murah untuk mereka berdua.Tapi hasrat tu tertangguh dan bila tengok keadaan mereka berdua bila dapat main game sampai nak tidur pun nak main game juga, jadi hasrat tu terpaksalah ditangguhkan lagi.Kejam ke..




Comments

  1. mungkin tab permainan boleh kot... ;-)

    ReplyDelete
  2. sama la ngan anak2 kita..dapat yg tu mmg tak kemana..tu yg hadkan mase utk mereka bermain..kalau tak sampai ke malam duk main gadjet tu la..

    ReplyDelete
  3. Bahaya jugak kak bile bg anak2 tab utk main game. Nanti bile anak dah ketagih, tengah2 malam dia boleh bangun main game sampai pagi. Anak kawan ana camtu laa.. Pepagi kitorang bangun dengar bunyi tembak2, rupenye ade org tak tidur malam.

    ReplyDelete
  4. huhu..susah tu bila ank mta tab ni..

    ReplyDelete
  5. anak2 sekarang dah moden. xde lagi minta barang2 biasa.. minta bnda canggih2 skrg ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. tak blh nak diturutkan sgt kan..nnt tak ingt benda lain nak main game je

    ReplyDelete
  7. Budak2 skrg pn memang asyik dengan gajet jer.. Emir pn dah sama.. kalau tak bagi berguling2 satu rumah.. huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...