Skip to main content

Cara legakan Sakit Tekak

Assalamualaikum..


Rasanya mesti uolls pernah diserang sakit tekak.Kadang-kadang tu terlalu perit,sukar untuk menelan makanan dan minuman.

Selalunya I kalau sakit tekak,cara yang paling mujarab dengan minum campuran madu dan lemon.Caranya campur dua sudu teh madu,satu sudu teh air perahan lemon ataupun hirisan lemon ke dalam 250ml air panas.Kalau nak rasa sedap boleh campur gula sedikit.Jangan banyak..Memang sedap..Amalkan sehingga rasa sakit tekak hilang..

Kredit google


Cara lain dengan meminum susu kayu manis.Cara membuatnya, campur 250ml susu tawar dengan seperlapan sudu teh serbuk penaik,1 sudu makan gula pasir,1 sudu teh madu dan setengah sudu teh kayu manis. Kacau rata kayu manis, gula pasir dan sebuk penaik,baru tambahkan susu dan kacau selama 1 minit.Kemudian panaskan di atas dapur dengan api kecil sederhana hingga hangat (jangan mendidih tau).Barulah tambah madu setelah susu hangat dan dihidangkan.

Teh herba juga boleh membantu legakan sakit tekak uolls..Antaranya teh hijau,teh lemon atau teh chamomile..

Selamat mencuba..

Kredit:isihat



Comments

  1. wah..thanks for the petua dear :)

    ReplyDelete
  2. selalunya saya try lozeng je... okay kejap, dah habis sedut lozeng dia sakit balik.. heheh

    ReplyDelete
  3. Penyakit paling nak dielak utk ckgu adalah skt tekak,xdpt nak mengajar bila skt tekak

    ReplyDelete
  4. kita selalu buat madu ngan lemon tu..hihi..

    ReplyDelete
  5. Sakit tekak ni memang penyakit faveret time musim panas dan kering. Tension je bila tekak rasa tak selesa.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing :)

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak kena sakit tekak.. bukan nak mintak, tp mudah2an tak kenalah... Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  8. Thanks 4 sharing.. mmg berguna sangat nie..akak memang selalu kena sakit tekak..kadang tue sampai hilang suara dibuatnya..=D

    ReplyDelete
  9. elok sgt ni lya selalu skt tekak

    ReplyDelete
  10. mcm petua nk kempiskn erut je sbb opismet sy gn kaedah ni...skrg da xde spare tyre lg ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet