Skip to main content

Movie How to Train Your Dragon 2

Cuti sekolah yang lepas 13,Jun sempatlah bawa aina dan anis menonton 'How to Train Your Dragon 2'. Movie yang dinantikan aina dan anis. Sebab dah berjanji, haruslah ditunaikan permintaan mereka berdua nak tengok wayang.

Disebabkan movie ni baru sahaja ditayangkan, jadi tiket wayang mahal..lagipun aina dah kena beli tiket untuk dia..

Filem Animasi

Permulaan cerita pun dah kelakar...ada pertandingan naga menggunakan kambing biri sebagai bola di perkampungan Berk..Dalam pertandingan ini yang menang Astrid (girl friend Hiccup). Hiccup dan naganya Toothless tak masuk pertandingan sebab mencari kawasan baru. 


Selepas pertandingan Astrid berjumpa dengan Hiccup menyatakan yang ayah Hiccup (Stoick) ingin Hiccup menjadi seorang ketua puak viking..


Entah macam mana mereka berdua telah ternampak sesuatu yang aneh di kawasan baru dan disitulah mereka berjumpa dengan Eret yang menangkap dan menjual naga kepada Drago.


Siapa Drago? Drago ialah pemburu naga yang ingin menjadi orang yang paling berkuasa dan ingin menubuhkan tentera naga..

Niat Hiccup untuk bertemu dengan Drago dihalang oleh ayahnya si Stoick..Tapi si Hiccup ni degil macam ibunya..

Filem Animasi


Siapa ibu Hiccup? Valka..Touching sungguh bila Hiccup bertemu dengan ibunya..Bersama ibunya Hiccup berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan keamanan. Sehinggalah Stoick mati kerana menyelamatkan Hiccup..


Movie ni tak bosan, sebab ada kisah lucu, gembira dan sedih..Memang sesuai ditonton bersama family..Walaupun tiada happy ending tetapi hidup mesti diterus kan...Khabarnya akan ada sequal seterusnya...




Comments

  1. Tak tengok pun citer dia. Huuu~nyesal pulak rase, bile x layan citer nih. Cam best je.

    ReplyDelete
  2. selalunya movie animasi mmg ada kelakarnya ...

    ReplyDelete
  3. Best kan...akk pon bwk ank tengok masa cuti sekolah ritu.... cute je anak2 dragon yg tak mendengar kata ...hhe

    ReplyDelete
  4. hari terasa nk tengok.. tapi disebabkan cerita yg no. 1 x tengok lagi, rasa malas plak nk jup terus ke no.2... takut nnti x paham cerita.. heheh
    so, balik cari download cerita yg no. 1 dulu..

    ReplyDelete
  5. KN tunggu kat astro best je kot! Nak gi tengok wayang jauh benor... hehe

    ReplyDelete
  6. assalam, bunda tak tengok pun criter ni... bunda jarang sangat tengok movie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...