Skip to main content

Penjagaan kesihatan yang menyeluruh

Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keadaan dimana kita bebas daripada sebarang penyakit.Maka sudah tentulah kita dianggap seorang yang sihat seandainya kita tidak mengidap sebarang penyakit.Namun ada pula yang beranggapan walaupun kita tidak berpenyakit, kita tidak semestinya berkeadaan sihat.

Kesejahteraan sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup seseorang.Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri;memberikan pemakanan asas terbaik pada tubuh,mengawal berat badan serta tidak lupa untuk bersenam.Di samping itu,risiko kesihatan seperti merokok,pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah haruslah dielakkan bagi memelihara kesejahteraan dan kesihatan diri.
Kesihatan dan kesejahteraan yang optimum



Tiga langkah mudah untuk mendapat kesihatan dan kesejahteraan yang optimum:

Langkah 1:Anti- Penuaan
Penuaan sebenarnya bermula diperingkat selular.Ia berlaku akibat daripada kerosakan molekul seperti DNA yang merupakan asas sel tubuh.Apabila semakin hari DNA kian lusuh dan haus,kesihatan pun turut terjejas.Kita boleh dapati kini,pelbagai penyakit kesan penuaan semakin meningkat termasuklah penyakit jantung,kanser,diabetes,arthritis,nyanyuk,parkinson dan sebagainya.Polifenol yang terdapat pada tumbuhan menunjukkan yang ianya lebih berkesan dalam memulihkan intrasel termasuklah pemulihan DNA dengan memberikan perlindungan antioksidan yang penting kepada sel.Saintis mendapati yang polifenol tumbuhan sebenarnya rahsia bagi usia yang lebih panjang dan lebih sihat.Polifenol tumbuhan yang mempunyai banyak faedah kesihatan daripada melambatkan proses penuaan hinggalah mencegah penyakit berkaitan dengan penuaan yang serius.

Kolagen adalah salah satu rahsia awet muda.Semakin meningkat usia,kolagen iaitu protein yang amat diperlukan tubuh turut berkurangan.Menambah dan menggantikan kolagen yang hilang dapat membantu menegangkan kulit,mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan serta kelembutan kulit.

Setiap saat tubuh kita memerlukan nutrien bagi menjana,menyegar dan membaiki sel-selnya.Jesteru,memebrikan nutrien semulajadi pada tubuh seperti protein soya yang organismanya tidak diubah suai secara genetik(bukan GMO),pelbagai Vitamin ,mineral dan elektrolit,bukan sahaja amat penting untuk asas selular dan fungsi tubuh yang sihat,malah ia turut penting dan diperlukan untuk menjana dan memperbaiki semula sel-sel tubuh,menyelenggara dan memperbetul tisu,mengeluarkan enzim dan hormon,menyeimbangi cecair tubuh dan penyaluran tenaga.

Langkah 3:Perlindungan
Setiap hari sel tubuh kita sentiasa diserang oleh radikal bebas seperti pencemaran,toksin,tekanan,makanan tidak seimbang dan jutaan mikrob berbahaya mengancam sistem imun.Ini seterusnya meningkatkan risiko mendapat asma,alahan,jangkitan kuman,kanser,inflenza dan sebagainya.Sistem imun amat memerlukan pelbagai vitamin dan mineral untuk berfungsi secara teratur.Ekstrak campuran unik seperti biji labu, bunga safflower,biji plantago dan ekstrak Honeysuckle yang ditunjukkan dalam kajian klinikal dapat menyokong dan merangsang tindakan proses imun secara semulajadi di peringkat selular.

Sumber:Shaklee Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...