Skip to main content

Khasiat buah mengikut warna

Buah kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan.Mungkin ramai yang tidak tahu, warna buah yang berbeza mengandungi khasiat dan kelebihan tersendiri. Kita disarankan makan buah-buahan paling sedikit tiga hidangan seminggu.Lebih baik jika buah yang kita makan mempunyai pelbagai warna bagi mendapatkan khasiat yang memuaskan. 

Khasiat buah mengikut warna



Oren-Wajah berseri
Vitamin C antara vitamin yang penting dan sering dikaitkan dengan kecantikan kerana ia dapat menghasilkan kolagen.Kolagen membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah mati.Seterusnya menjadikan kulit tampak berseri dan segar. Contoh buah limau.

Merah-Penglihatan yang tajam
Buah bewarna merah seperti tembikai dan tomato mengandungi karotenoid dan dapat membekalkan vitamin A yang cukup baik untuk membantu sistem penglihatan.Kelebihannya, mata akan sentiasa segar dan dapat mengelakkan penyakit rabun. Contoh buah tembikai,tomato,strawberi



Ungu-Elak Kanser
Buah anggur atau manggis mengandungi antioksidan yang merupakan fitokimia bagi menghalang kanser.Fitokimia yang terdapat dalam buah atau sayur boleh menghalang dan mengganggu pembentukan kanser.Sesetengah fitokimia melindungi tubuh dengan menghalang karsinogen (bahan penyebab kanser) daripada menjadi aktif.

Kuning-Penghadaman lancar
Serat pada buah pisang mampu membantu melancarkan sistem penghadaman badan. Masalah sembelit dapat dielakkan selain meminum lapan gelas air kosong sehari.Jagung juga mengandungi serat yang sama seperti pisang serta karotenaid yang juga bagus untuk mata. 



Hijau-Elak keletihan
Walaupun bukan buah, sayur hijau mengandungi zat besi yang dapat membantu pembentukan sel darah merah.Sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh badan.Oksigen yang cukup dapat mencergaskan minda dan mengelakkan tubuh badan daripada cepat berasa letih dan lesu.
Akhir sekali..kita boleh mengubah suai daripada sebiji buah menjadi jus atau potong beberapa jenis buah dan simpan di dalam peti sejuk. Sudah tentu lebih seronok dinikmati.

Sumber: Pembacaan majalah

Comments

  1. nice sharing kak..tgk buah kiwi tu wat tekak ni teringin nak makan buah kiwi..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...