Skip to main content

Suka masak-masak

AB suka masak menu yang ringkas,senang dan mudah dimasak. Menjimatkan masa AB di dapur dan masak dengan kadar segera. Selalunya AB habiskan bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Tak suka top-up banyak bahan mentah ataupun beli untuk seminggu. 

2 hari yang lepas AB ada membeli ikan siakap..So hari ini menu sambal ikan siakap dan kailan goreng sos tiram. Pergghh..memang sedap walaupun ikan siakap ini bukan dimasak 3 rasa atau masak stim. Disebabkan bahan tak cukup..kita buat sambal jelah. 

Mudah sahaja, goreng ikan siakap. Ketepikan. Then masak cili sesedap rasa.Ikut suka lah nak banyak atau sikit, masukkan bawang merah yang telah dipotong.Tambah gula dan garam. Cili dah masak tuangkan keatas ikan.Hias dengan cili hijau jika suka. Hidangkan.


Sambal ikan siakap
Sambal ikan siakap
Menu ke 2, kailan goreng. Panaskan minyak. Goreng bawang merah, kemudian masukkan bawang putih. Naik bau, masukkan batang kailan dulu, tambah sos tiram,gula dan garam. Kemudian masukkan daun kailan. Dah masak,hias dengan cili merah dan bawang goreng.Hidangkan.
kailan goreng sos tiram
Kailan goreng sos tiram
Masak ni kena kreatif, yang penting tambah dengan kasih sayang. InsyaAllah sedap.Lauk yang simple pun jadi sedap.

Comments

  1. Sy pun suka masak simple2 je. Lauk pauk macamni yang buatkan lebih berselera. Tambah kalau mood rajin laju je tumbuk sambal belacan..hehe

    ReplyDelete
  2. singgah sini dr blog pening.. sedapnya. faveret tu kailan kalau msk dgn ikan masin

    ReplyDelete
  3. Ikan siakap! Wow... sedapnya! Memang padanan yang sesuai bersama kailan ikan masin... membuatkan rasa terliur pula :)

    ReplyDelete
  4. salam singgah follow sini..the simple is best

    ReplyDelete
  5. Amanina Mads singgah dari blog pening tu blog saya ke..? hehehe

    ReplyDelete
  6. Perfect masakan ni.. kombinasi yg sgt2 membuka selera saya diawal pagi yg hening ni huhu.. mmg menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  7. Aina dengan Anis makan pedas ye? Senang nak masak camtu ;)

    Sedapnya sambal siakap ^.^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...