Selesai Daftar Sekolah Rendah Agama

Alhamdulillah..selesai urusan pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) Anis tahun hadapan. Borang sekolah rendah agama telah pun AB serahkan kepada kerani sekolah tersebut semasa menghantar kakaknya Aina ke sekolah.

Apa yang perlu dihantar adalah Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi, berserta dengan salinan surat beranak, salinan IC ibu dan bapa,2 keping gambar,2 keping sampul surat dan 2 keping setem. Alhamdulillah senang urusan hari ini. Lagipun AB tidak suka mendaftar di saat akhir. Walaupun pendaftaran bila-bila masa sahaja. Jika penuh tak boleh nak daftar di sekolah tersebut.

Sekolah Rendah Agama di Selangor ini di bawah urusan Jabatan Agama Islam negeri Selangor (JAIS). Anak-anak akan belajar Hafazan, Fekah,Tauhid,Jawi,Bahasa Arab,Tajwid,Al-Quran dan lain-lain serta mendapat pinjaman buku teks. Yuran pula akan dibayar semasa pendaftaran sekolah tahun hadapan. 

Yang paling penting anak-anak mendapat pendidikan agama seawal yang mungkin.Maklumlah ilmu agama pun tak tinggi,inilah peluang yang ada sebagai ibu bapa kita ambil untuk anak-anak kita.



Sekolah Rendah Agama
habis waktu sekolah-tunggu aina


Comments

  1. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga segalanya berjalan lancar... aamiin..

    ReplyDelete
  3. belajar agama mmg satu keperluan ...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak, hntr awal2 sekolah agama..bg pendedahan awal utk ank2 nanti bila bsr xde la tercari-cari.. skrg ni macam jie susah gk nk mengafal Al Quran bila dh dewasa ni..ruginya dlu slalu main2..

    ReplyDelete
  5. Belajar sejak kecil, berpeluang belajar dari basic. Mudah nanti bila dah besar :)

    ReplyDelete
  6. Baik daftar sekarang sebelum penuh kan. Nanti last minute tak dapat mahu putih mata. Hehe

    ReplyDelete
  7. ....menyeimbangkan pendidikan dunia akhirat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK