Loom Band-Gelang Getah yang cantik

Haiih..baru je belek-belek Loom Band hari tu di kedai.Aina katanya berkenan dengan Loom Band iaitu Gelang Getah yang tengah hot dan jadi kegilaan kanak-kanak dan remaja sekarang di seluruh dunia. Tapi aku tangguhkan hasrat nak beli pada masa tu.

Menarik dan cantik gelang getah ni..Mak-mak pun terpesona apatah anak kecil kan.Kita boleh rujuk di Youtube kalau nak buat macam-macam design.

Harganya pun berpatutan.Boleh dijadikan hadiah kepada kawan-kawan dan sebagai tanda persahabatan.





Namun disebalik kecantikan loom band ini, ianya mengandungi phthalates dan Loom Band ini telah ditarik balik penjualannya di Britain. Terkejut juga baca artikel tersebut.

Phthalates ialah bahan kimia karsinogenik yang boleh mengganggu hormon,digunakan untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan Loom Band ini. 

Namun Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memberi dan menjauhkan getah ini daripada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun atas faktor kesihatan dan keselamatan. 

Kerana kanak-kanak yang berusia sehingga 36 bulan menghadapi risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau menghisap bahan plastik ini..


Sumber baca di sini : kosmo
Sumber baca di sini : astroawani


p/s: Rasanya aku tangguh beli atau tak beli Loom Band ini walaupun ia tidak diharamkan..

Comments

  1. Alahai..siannye nanti anak2 akak teringin. Ana baru ingat nak beli and belajar buat pastu nak hadiahkan kat org2 tertentu. Cancel laa cenni.

    ReplyDelete
  2. ada gak mama tengok kak. ramai beli benda ni...

    ReplyDelete
  3. Ramai yang tengah addicted ni AB..he..he

    ReplyDelete
  4. Cantik tapi membahayakan... sayangnya..

    ReplyDelete
  5. fenomena betul gelang ni...ms kn tidak kate middleton pun pakai kan... ;-)

    ReplyDelete
  6. Haah ada baca jugak bahaya loom band ni ;)
    Even lg cantik dr getah belacan tp lg bahaya kan. Hehe

    ReplyDelete
  7. tengah trend sekarang ni, dekat skolah ramai student duk tunjuk loom band dorang, takde pulak yg senang hati bg dekat cikgu dorang sorang ni..hehe

    ReplyDelete
  8. trend sekarang ni..dekat ig ramai jugak yg update pasal loom band ni..

    ReplyDelete
  9. Hehehe kalau bahaya susah jugak tu huhuhu ..Anak perempuan Lya sellau jugak buat sendiri gelang ni ,...Ada terbaca ..jadi bahaya..Tapi kalau tak masukkan kat mulut ok jer huhuhu..Tak tahu la nak cakap camner ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK