Haiih..baru je belek-belek Loom Band hari tu di kedai.Aina katanya berkenan dengan Loom Band iaitu Gelang Getah yang tengah hot dan jadi kegilaan kanak-kanak dan remaja sekarang di seluruh dunia. Tapi aku tangguhkan hasrat nak beli pada masa tu.
Menarik dan cantik gelang getah ni..Mak-mak pun terpesona apatah anak kecil kan.Kita boleh rujuk di Youtube kalau nak buat macam-macam design.
Harganya pun berpatutan.Boleh dijadikan hadiah kepada kawan-kawan dan sebagai tanda persahabatan.
Namun disebalik kecantikan loom band ini, ianya mengandungi phthalates dan Loom Band ini telah ditarik balik penjualannya di Britain. Terkejut juga baca artikel tersebut.
Phthalates ialah bahan kimia karsinogenik yang boleh mengganggu hormon,digunakan untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan Loom Band ini.
Namun Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memberi dan menjauhkan getah ini daripada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun atas faktor kesihatan dan keselamatan.
Kerana kanak-kanak yang berusia sehingga 36 bulan menghadapi risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau menghisap bahan plastik ini..
Sumber baca di sini : kosmo
Sumber baca di sini : astroawani
Alahai..siannye nanti anak2 akak teringin. Ana baru ingat nak beli and belajar buat pastu nak hadiahkan kat org2 tertentu. Cancel laa cenni.
ReplyDeleteada gak mama tengok kak. ramai beli benda ni...
ReplyDeleteRamai yang tengah addicted ni AB..he..he
ReplyDeleteCantik tapi membahayakan... sayangnya..
ReplyDeletefenomena betul gelang ni...ms kn tidak kate middleton pun pakai kan... ;-)
ReplyDeleteHaah ada baca jugak bahaya loom band ni ;)
ReplyDeleteEven lg cantik dr getah belacan tp lg bahaya kan. Hehe
tengah trend sekarang ni, dekat skolah ramai student duk tunjuk loom band dorang, takde pulak yg senang hati bg dekat cikgu dorang sorang ni..hehe
ReplyDeletetrend sekarang ni..dekat ig ramai jugak yg update pasal loom band ni..
ReplyDeleteHehehe kalau bahaya susah jugak tu huhuhu ..Anak perempuan Lya sellau jugak buat sendiri gelang ni ,...Ada terbaca ..jadi bahaya..Tapi kalau tak masukkan kat mulut ok jer huhuhu..Tak tahu la nak cakap camner ..
ReplyDeleteberapa ringgit ni
ReplyDelete